Tanding timbalan presiden MIC: Subramaniam umum April

Diterbitkan: Isnin, 23 Mac 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Bekas Timbalan Presiden MIC, Datuk S. Subramaniam hanya akan mengumumkan sama ada mahu bertanding lagi jawatan tersebut ataupun sebaliknya selepas persidangan perwakilan Bahagian Seputeh yang diketuainya.

"Saya belum membuat keputusan lagi... saya akan mengumumkan selepas mesyuarat bahagian saya, mungkin selepas April," kata beliau ketika ditemui di sini semalam.

Mesyuarat bahagian dijadual bermula bulan depan.

"Buat masa ini saya memberi tumpuan ke atas usaha memulihkan parti dan menyatukan ahli serta masyarakat India... ini menjadi fokus saya sekarang," katanya lagi.

Bekas timbalan menteri itu turut hadir pada sesi penamaan calon pemilihan jawatan Presiden MIC semalam.

Pada pemilihan lalu, tahun 2006 Subramaniam ditewaskan oleh Datuk G. Palanivel, bekas Ahli Parlimen Hulu Selangor.

Ketika ditanya sama ada masih berminat untuk bertanding jawatan itu, Subramaniam hanya berkata: "Nanti saya akan umumkan."

Difahamkan selain Subramaniam, Palanivel juga mahu mempertahankan kerusi itu.

Turut disebut-sebut ialah Naib Presiden, Datuk S. Sothinathan.

Sothinathan dikatakan akan bertanding dengan restu Datuk Seri S. Samy Vellu yang hari ini berjaya mengekalkan kerusi Presiden MIC tanpa cabaran.

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan