Komponen BN harus tanggungjawab atas pemimpin dipilih - Najib

Diterbitkan: Isnin, 23 Mac 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

TUMPUAN...Datuk Seri Mohd. Najib Tun Raxak bersama Tan Sri Muhyiddin Yassin selepas merasmikan simposium usahawan Bumiputera anjuran Malaysian Industrial Development Finance Bhd (MIDF) di Kuala Lumpur hari ini.
TUMPUAN...Datuk Seri Mohd. Najib Tun Raxak bersama Tan Sri Muhyiddin Yassin selepas merasmikan simposium usahawan Bumiputera anjuran Malaysian Industrial Development Finance Bhd (MIDF) di Kuala Lumpur hari ini.

KUALA LUMPUR: Parti-parti komponen Barisan Nasional (BN) harus bertanggungjawab atas pemimpin yang mereka pilih untuk menerajui parti masing-masing, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini.

"Kita tidak campur tangan dalam mana-mana parti komponen BN. Kita serah pada ahli mereka untuk memilih pemimpin yang mereka fikirkan yang patut disokong melalui proses dalaman parti mereka.

"Kita harap bahawa pemilihan pemimipin dalam parti komponen BN ini akan memberi kesan kepada sokongan parti yang berkenaan... parti berkenaan harus bertanggungjawab atas pemimpin yang mereka pilih," kata Timbalan Presiden Umno itu kepada pemberita selepas merasmikan simposium usahawan Bumiputera anjuran Malaysian Industrial Development Finance Bhd (MIDF) di sini.

Beliau diminta mengulas pemilihan tanpa bertanding Datuk Seri S. Samy Vellu sebagai Presiden MIC bagi penggal ke11 semalam setelah lebih 90 peratus borang pencalonan pencabarnya Datuk M. Muthupalaniappan ditolak oleh jawatankuasa pemilihan presiden parti itu pada pencalonan jawatan Presiden MIC.

Ditanya jika pemilihan semula Samy Vellu akan menyukarkan lagi usaha BN untuk meraih sokongan masyarakat India, Najib berkata: "Ada pelbagai pendapat, tapi dia (Samy Vellu) telah dilantik oleh ahli MIC, jadi kita kena terima dan kita perlu bekerja kuat untuk meyakinkan masyarakat India bahawa BN mengambil berat tentang kepentingan mereka."

Najib berkata, malah BN telah mengambil beberapa langkah untuk meyakinkan masyarakat itu, dan langkah terbaru ialah memberi bantuan untuk memperbaiki sekolah jenis kebangsaan Tamil, yang diumumkan dalam pelan rangsangan ekonomi.

Ditanya jika pemilihan Samy Vellu akan menjejaskan peluang BN untuk menang pilihan raya kecil Bukit Selambau tidak lama lagi, Najib berkata: "Kita akan tengok pada keputusannya nanti".

"Tapi sekarang ini kita dalam peringkat berusaha dan kita mesti turun padang dan kita mesti jumpa dengan semua pengundi dan menyakinkan mereka bahawa BN mempunyai agenda untuk memperjuangkan kepentingan semua kaum.

"Dan mereka di Bukit Selambau ini dalam masa sebelas bulan ini mereka boleh menilai sejauh mana wakil rakyat mereka dahulu dari Pakatan (Rakyat) telah dapat berkhidmat untuk mereka," kata Najib.

Kerusi Dewan Undangan Negeri Bukit Selambau kosong setelah anggota Dewan Undangan Negeri itu, V. Arumugam meletakkan jawatan bulan lepas. Pilihan raya kecil kerusi itu akan diadakan pada 7 April manakala penamaan calon 29 Mac.

BN menamakan timbalan ketua MIC Kedah Datuk S.Ganeson, 49, sebagai calonnya. BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan