Isu Elizabeth: Polis mohon waran tangkap terhadap Hilmi

Diterbitkan: Isnin, 23 Mac 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Polis dijangka akan mengeluarkan waran tangkap terhadap teman lelaki Anggota Undangan Negeri (ADUN) Bukit Lanjan Elizabeth Wong, Hilmi Malek, 32 dalam masa beberapa hari lagi.

Minggu lalu polis telah mengeluarkan surat perintah 111 Kanun Prosedur Jenayah kepada Hilmi agar tampil untuk membantu siasatan berhubung penyebaran gambar separuh bogel ADUN itu di Internet.

Dalam notis yang diserahkan kepada bapanya, Hilmi sepatutnya tampil memberi keterangan pada 19 Mac lalu, namun sehingga hari ini beliau tidak hadir untuk berbuat demikian.

Dipercayai Hilmi kini berada di salah sebuh negara dalam rantau Asia.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Abdul Aziz Zakaria berkata polis telah bercakap dengan bapa beliau petang ini dan dimaklumkan Hilmi tidak akan pulang sehingga bulan hadapan.

"Bapa Hilmi beritahu beliau gagal untuk menghubungi anaknya, namun beliau turut memaklumkan bahawa beliau ada menerima panggilan daripada Hilmi yang memberitahu beliau tidak akan pulang ke Malaysia sehingga April.

"Kami tak dapat menunggu lama dan telah putuskan untuk mendapatkan perintah mahkamah bagi mengeluarkan waran tangkap dalam masa beberapa hari lagi," katanya.

Abdul Aziz berkata setelah waran tangkap dikeluarkan polis akan mendapatkan khidmat Interpol bagi menjejaki Hilmi untuk dibawa pulang ke Malaysia.

"Kami perlukannya bagi membantu siasatan ke sini," katanya.

Polis sebelum ini mengesahkan Hilmi merupakan satu-satunya saksi yang dicari bagi membantu siasatan berhubung kes gambar separuh bogel Elizabeth.

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan