Guan Eng tolak khabar angin pilihan raya kecil DUN Penanti

Diterbitkan: Isnin, 23 Mac 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BUKIT MERTAJAM: Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng menolak khabar angin bahawa satu lagi pilihan raya kecil akan diadakan di negeri ini ekoran peletakan jawatan Timbalan Ketua Menteri I Mohammad Fairus Khairuddin.

Beliau berkata kerajaan negeri, bagaimanapun, perlu bersedia berdepan apa jua kemungkinan, namun pada masa ini tiada sebab untuk diadakan satu lagi pilihan raya kecil di Pulau Pinang.

"Saya telah katakan bahawa kita perlu bersedia untuk segala kemungkinan, tetapi saya tidak mengatakannya untuk anda semua (wartawan) membuat spekulasi," katanya kepada pemberita selepas merasmikan pembukaan kilang EGalv Steel Industry Sdn Bhd di sini hari ini.

Beliau berkata kerajaan negeri berfungsi atas dasar bahawa terdapat TKM 1 pada Khamis dan Jumaat lepas hinggalah kerajaan negeri menerima surat Mohammad Fairus pada Sabtu, yang menyatakan beliau akan meletak jawatan sebagai TKM 1.

"Kami menghormati keputusannya dan akan membenarkan beliau mengumumkan alasannya, tetapi buat masa kini, biarlah kami uruskan keadaan itu seperti mana ia berlaku."

Beliau berkata kerajaan negeri masih berfungsi seperti biasa. "Ketua Menteri masih ada, bukan?" katanya berseloroh. Bagaimanapun, Lim berkata beliau tidak mahu mengulas mengenai dakwaan (konspirasi) yang dibuat oleh timbalannya memandang itu adalah urusan dalaman Parti Keadilan Rakyat(PKR).

Sabtu lepas, Lim mengumumkan bahawa Mohammad Fairus akan meletak jawatan sebagai TKM 1 dan anggota Exco berkuat kuasa 8 April, tetapi kekal sebagai Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Penanti serta anggota PKR.

Dalam perkembangan lain, Lim yang juga Setiausaha Agung DAP, berkata sungguhpun akhbar membuat spekulasi bahawa Barisan Nasional (BN) akan memenangi pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang, DUN Bukit Selambau dan DUN Batang Ai, pakatan pembangkang perlu bersedia menangkis apa jua rintangan.

"Dalam pilihan raya kecil, kemenangan sering berpihak kepada parti pemerintah, jadi, pilihan raya kecil yang akan datang bukanlah mudah untuk kami namun kami akan berusaha sedaya upaya untuk menang," katanya.

Lim berkata tidak ada sumber yang cukup bagi membantu ketigatiga calon pakatan pembangkang dalam kempen mereka memandangkan ketigatiga pilihan raya kecil itu diadakan serentak.

Mengenai pilihan raya kecil Batang Ai, Lim menggesa DAP Sarawak supaya menggerakkan semua tenaga kerja yang ada bagi membantu PKR meraih kemenangan mengejut.

Hari ini, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menamakan bekas Anggota Parlimen Lubok Antu, Jawah Gerang, 55, sebagai calon pilihan raya kecil Batang Ai pada 7 April. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan