MIC yakin sokongan pengundi India di Bukit Selambau

Diterbitkan: Jumaat, 20 Mac 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: MIC yakin dapat menarik sokongan pengundi India pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau, Kedah berikutan beberapa "perbincangan terbuka" antara pemimpin parti itu dengan masyarakat India di kawasan tersebut, kata Presiden MIC Datuk Seri S.Samy Vellu.

Beliau berkata kedua-dua pihak, MIC dan masyarakat India mengadakan perbincangan secara terbuka dan berterus terang sejak dua minggu lepas dan dapat menangani banyak perbezaan.

Dalam kenyataan beliau di sini Khamis, katanya MIC mahu mendengar pandangan dan perasaan masyarakat India di Bukit Selambau berkaitan dengan pelbagai isu termasuk kematian suspek curi kereta mewah, A. Kugan yang mati ketika dalam tahanan polis.

"Kami telah menjelaskan kepada mereka bahawa perkara itu kini sedang disiasat dan jika ada kes, polis telah menyatakan bahawa yang bersalah akan dihadapkan ke mahkamah," kata beliau.

Samy Vellu berkata beliau telah berkampung di Bukit Selambau sejak dua minggu lepas untuk memantau persediaan MIC pada pilihan raya itu dan bergembira dengan kerjasama yang diberikan oleh semua parti komponen Barisan Nasional (BN) di kawasan itu.

Barisan Nasional akan diwakili oleh Datuk S.Ganesan daripada MIC pada pilihan raya kecil ini di mana 29 Mac adalah hari penamaan calon sementara 7 April ialah hari mengundi. Pengundi India mewakili hampir 30 peratus pengundi di Bukit Selambau

Samy Vellu berkata beliau sendiri pergi ke kawasan yang dikuasai pembangkang untuk mematahkan tomahan yang disebarkan oleh sesetengah pihak mengenai kerajaan persekutuan dan BN.

"Terdapat antara 13 dan 15 kawasan yang mengikut bancian kita adalah kawasan panas dan kita mengadakan kempen rumah-ke-rumah untuk menemui pengundi.

"Mereka (pengundi India) mesra dengan kita (MIC) kerana mereka merasakan bahawa anggota Dewan Undangan Negeri sebelum ini V.Arumugam daripada pembangkang meminggirkan mereka," kata beliau.

Beliau berkata mereka telah menerima Ganesan yang bergerak dengan presiden MIC semasa siri berkempen itu.

"Pengundi Melayu dan China juga telah menerima beliau kerana Ganesan mempunyai pengalaman sebagai bekas Anggota Dewan Undangan Negeri Lunas (Kedah) dan seorang peguam," kata Samy Vellu.

Berdasarkan kepada kerjasama dan semangat yang ditunjukkan oleh semua parti komponen BN, beliau berkata parti ini boleh merampas kembali kerusi Bukit Selambau daripada pembangkang pada 7 April ini.

"Saya akan terus melawat Bukit selambau sehingga pilihan raya kecil ini selesai. Kini saya berada di Bukit Gantang, Perak untuk memantau persediaan pilihan raya kecil itu yang diadakan serentak dengan Bukit Selambau," katanya. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan