Cuti Fairus diluluskan atas permintaan Anwar, kata Lim - Berita Semasa | mStar

Cuti Fairus diluluskan atas permintaan Anwar, kata Lim

Diterbitkan: Jumaat, 20 Mac 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PULAU PINANG: Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng berkata beliau meluluskan permohonan cuti timbalannya, Mohamad Fairus Khairuddin atas permintaan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Saya dimaklumkan oleh Anwar bahawa Fairus minta untuk bercuti dan atas permintaan Anwar saya luluskan cuti itu," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Lim, yang semalam menafikan desas desus kononnya timbalannya itu telah dipecat, hari ini menegaskan sekali lagi bahawa buat masa ini beliau tidak bercadang untuk menukar timbalannya.

Beliau yang enggan menjelaskan sebab Mohamad Fairus mengambil cuti secara tibatiba, berkata timbalannya itu dijangka kembali bertugas pada Isnin ini.

"Beliau bercuti sekurangkurangnya untuk minggu ini. Beliau sepatutnya kembali bertugas pada hari Isnin melainkan beliau memohon untuk menyambung cutinya," katanya.

Dalam perkembangan lain, Timbalan Ketua Menteri II, P. Ramasamy berkata semua exco kerajaan negeri bersetuju tidak akan membenarkan akhbar New Straits Times membuat liputan acara dan sidang akhbar mereka mulai hari ini.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Pendidikan dan Sumber Manusia, Sains, Teknologi dan Inovasi berkata langkah itu berikutan akhbar berkenaan yang didakwa telah memfitnah kerajaan negeri dalam laporan beritanya barubaru ini.

Akhbar itu juga sebelum ini turut dilarang membuat liputan sidang akhbar atau majlis yang dihadiri Ketua Menteri sebagai tindak balas terhadap artikelnya yang didakwa 'berbaur fitnah dan tidak benar'. BERNAMA

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan