Rekod ramai bakal calon Bukit Selambau

Diterbitkan: Khamis, 19 Mac 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Sekurang-kurangnya sembilan orang termasuk tujuh calon Bebas dijangka akan bertanding pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau.

Setakat petang ini tujuh orang telah membuat deposit RM5,000 untuk bertanding.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyifatkan perkembangan itu sebagai sejarah dalam sistem pilihan raya negara ini.

"Ini satu perkembangan bersejarah bukan sahaja dari segi pilihan raya kecil tetapi juga pilihan raya umum," kata Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar ketika dihubungi di Sg. Petani semalam.

Kata beliau, jika mengambil kira dua calon Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat, dijangkakan sekurang-kurangnya sembilan akan bertanding.

BN sudah mengumumkan calon Sabtu lalu manakala Pakatan Rakyat dijadual Jumaat ini.

"Jika ini berlaku, pilihan raya kecil ini akan menjadi sesuatu yang menarik," katanya.

Bagaimanapun kata beliau, ketujuh-tujuh calon berkenaan boleh mendapatkan deposit mereka jika tidak bertanding kelak.

BN menamakan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lunas, Datuk S. Ganesan sebagai calon.

Setakat ini Pakatan Rakyat yang diwakili Parti Keadilan Rakyat (PKR) telah menyenaraikan lima calon.

Daripada lima calon itu, seorang ahli perniagaan muda berusia 30an, dijangka menjadi pilihan PKR.

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Kolumnis

iklan

Iklan