PKR hadapi dilema pilih calon, dijangka umum esok

Diterbitkan: Khamis, 19 Mac 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

[DIKEMAS KINI] PETALING JAYA: Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang mewakili Pakatan Rakyat (PR) dijadual mengumumkan calon bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau pagi esok tetapi sehingga hari ini masih menghadapi dilema memilih calonnya.

mStar Online difahamkan walaupun pimpinan parti itu telah menentukan calon bagi kerusi tersebut dua hari lalu tetapi berhadapan dengan masalah untuk memuktamadkan wakil berkenaan pagi esok.

Biro Politik PKR yang bermesyuarat malam tadi terpaksa meneruskan proses penilaian dan penetapan calon ekoran perkembangan dalaman parti tersebut.

Antara lain difahamkan calon yang dimuktamadkan sebelum ini menerima tentangan sebahagian ahli di bahagian Bukit Selambau.

mStar difahamkan parti itu telah memilih S.Manikumar, seorang ahli perniagaan berusia 36 tahun, lulusan Universiti Utara Malaysia sebagai calon.

Manikumar adalah antara empat calon akhir yang telah disenarai pendekkan. Nama-nama lain ialah Dr.R.Krishnanmoorthy, Sri Thrn dan S.Masilamani.

Mereka adalah antara 17 calon yang telah ditemubual oleh PKR bahagian Merbok baru-baru ini termasuklah peguam hak asasi manusia, N. Surendran.

"Mesyuarat Biro Politik semalam memutuskan untuk mengadakan perbincangan dengan Badan Perhubungan PKR Kedah hari in," kata sumber kepada mStar Online hari ini.

Juga difahamkan sekumpulan yang memprotes pemilihan calon sebelum ini akan menemui Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Penasihat PR.

Anwar yang juga ahli Parlimen Permatang Pauh mempengerusikan mesyuarat Biro Politik parti itu malam tadi.

Laporan sebelum ini menyebut PR akan hanya mengumumkan calonnya pada 28 Mac ini iaitu sehari sebelum tarikh penamaan calon tetapi jemputan media yang diterima semalam menunjukkan pengumuman itu akan dibuat lebih awal iaitu esok.

Kerusi DUN Bukit Selambau kosong selepas peletakan jawatan oleh penyandangnya V. Arumugam dari PKR awal bulan lepas.

Sabtu lalu, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan MIC Kedah Datuk S. Ganesan sebagai calon BN bagi pilihan raya kecil 7 April ini.

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan