Lembaga Disiplin serius tangani politik wang - Rais

Diterbitkan: Khamis, 19 Mac 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Tindakan Lembaga Disiplin Umno terhadap beberapa pemimpin tertinggi parti itu semalam adalah satu usaha serius yang dilakukan bagi menangani gejala politik wang, kata Menteri Luar Datuk Seri Dr Rais Yatim.

Beliau berkata bagaimanapun, tindakan yang diambil badan disiplin parti yang diketuai Tengku Tan Sri Ahmad Rithauddeen itu "belum lagi berjaya 100 peratus".

"Mungkin ada yang mempertikaikan keputusan itu lantaran segmen keputusan itu didapati tidak memuaskan hati mereka, namun kredit harus kita beri (kepada Lembaga Disiplin)," katanya dalam rancangan bual bicara Dialog@1 di TV1 malam tadi.

Rais, yang juga Anggota Majlis Tertinggi Umno, berkata segala keputusan yang dibuat Lembaga Disiplin Umno harus dihormati kerana badan itu diwujudkan oleh Majlis Tertinggi parti sendiri.

"Sekiranya setiap orang menghormati peraturan dan undangundang dan tidak mengambil peluang untuk diri sendiri, kita boleh dan akan berhadapan dengan kemungkinan yang sangat positif," kata Rais, yang juga calon Naib Presiden Umno.

Kelmarin, Lembaga Disiplin Umno mengumumkan tindakan melarang Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam Mohd Ali daripada bertanding jawatan Timbalan Presiden selepas beliau didapati bersalah melanggar Perkara 10.1 Tataetika Ahli Umno berhubung rasuah politik.

Sementara itu, Rais berkata masyarakat Melayu yang dikatakan sudah hilang kepercayaan terhadap Umno, perlu memberi peluang kedua kepada parti itu untuk membawa pembaharuan.

"Kita mohon kepada masyarakat Melayu beri Umno peluang lagi sekali dan kami akan membuktikan bahawa kita berasa megah kembali untuk berjuang dan akan diberi isiannya kepada bangsa kita.

"Saya tak salahkan mereka beranggapan begitu, pada masa yang sama oleh kerana Umno yang memerdekakan Tanah Melayu, yang membawa dasar ekonomi baru serta yang menggraduankan ramai anak muda tempatan, masih kita terhutang budi kepada satu hakikat iaitu memberi peluang sekali lagi kepada Umno bahawa mereka sanggup dan boleh memulangkan dividen semula kepada orang Melayu khususnya dan masyarakat Malaysia amnya," katanya. BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan