Isu tuntutan ke atas Limbang tidak dibincangkan - Berita Semasa | mStar

Isu tuntutan ke atas Limbang tidak dibincangkan

Diterbitkan: Khamis, 19 Mac 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MIRI: Menteri Luar dan Perdagangan kedua Brunei, Datuk Seri Lim Jock Seng menafikan bahawa isu tuntutan ke atas Limbang telah dibincangkan semasa mesyuarat antara Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah dengan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi Isnin lepas.

Berucap pada sidang Dewan Perundangan Brunei pada Selasa, beliau berkata perbincangan yang membawa kepada penandatanganan Surat Pertukaran (LOE) di Bandar Seri Begawan itu adalah mengenai penandaaan sempadan daratan secara keseluruhannya.

"Laporan akhbar tertentu semalam (Isnin) mendakwa Brunei telah menggugurkan tuntutan ke atas Limbang. Sebenarnya, tuntutan ke atas Limbang tidak pernah dibincangkan," kata beliau dalam laporan dalam sebuah harian tempatan Brunei, Borneo Bulletin semalam.

Beliau menegaskan satu kenyataan akhbar bersama telah dikeluarkan selepas mesyuarat itu yang menyebut mengenai penandaan sempadan daratan antara kedua-dua negara akan diselesaikan berdasarkan perjanjian sejarah yang wujud antara Kerajaan Brunei dengan Negeri Sarawak, dan, sebagaimana sewajarnya, berdasarkan prinsip 'watershed'.

"Selepas itu satu kumpulan kerja terdiri daripada jurukur am kedua-dua negara akan melaksanakan aspek-aspek teknikal bagi menyelesaikan isu sempadan tanah," ujar Lim.

Isnin berkata Brunei telah secara rasmi menggugurkan tuntutannya ke atas Limbang, bahagian yang terletak paling utara di Sarawak.

Beliau berkata perkara itu merupakan sebahagian daripada kandungan Surat Pertukaran bersejarah yang ditandatangani antara beliau dengan Sultan Hassanal Bolkiah, di Istana Nurul Iman di Bandar Seri Begawan.

"Ada dinyatakan dalam LoE bahawa Brunei telah menggugurkan isu itu dan ini bererti bahawa Limbang adalah sebahagian daripada Malaysia," katanya sebelum berlepas pulang ke Kuala Lumpur.

Limbang, terletak di tebing Sungai Limbang di bahagian tengah Brunei dan meliputi kawasan seluas 3,978 km persegi dengan penduduk seramai lebih 40,000, digabungkan oleh James Brooke, Rajah pertama Sarawak, pada 1890 untuk menjadi bahagian kelima Sarawak. BERNAMA

   

iklan

Video

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Khamis, 5 Julai 2018 7:02 PM

Ngeri! Nampak kaki dalam beg baju

Kolumnis

iklan

Iklan