Umno bahagian Paya Besar mahu MB Pahang letak jawatan - Berita Semasa | mStar

Umno bahagian Paya Besar mahu MB Pahang letak jawatan

Diterbitkan: Rabu, 18 Mac 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Umno Bahagian Paya Besar hari ini menggesa agar Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob meletakkan jawatan sebagai mengambil tanggungjawab di atas keputusan Lembaga Disiplin parti yang mendapati empat wakil rakyat Umno dari bahagian itu bersalah melanggar

Perlembagaan parti dan Tata Etika Ahli. Ketuanya Datuk Ahmad Tajuddin Sulaiman mendakwa pihaknya mempunyai saksi bahawa keberanian keempatempat wakil rakyat tersebut yang secara terbuka mencabar etika parti, adalah didalangi oleh Adnan sendiri.

"Umno Bahagian Paya Besar merakamkan rasa kesal terhadap tindak tanduk Pengerusi Badan Perhubungan Umno Pahang dan berpendapat beliau hendaklah mengambil tanggungjawab dengan meletak jawatan sebagai Pengerusi Badan Perhubungan Umno Pahang," katanya dalam satu kenyataan yang difakskan ke Bernama di sini, hari ini.

Ahmad Tajuddin berkata beliau percaya keputusan Lembaga Disiplin parti adalah berasaskan peraturan sedia ada dalam rangka mengembalikan integriti parti.

Sementara itu, Adnan menasihati anggota Umno Pahang yang telah didapati bersalah supaya lebih berhatihati pada masa depan untuk mengelakkan tragedi yang sama berulang ke atas mereka.

Dalam satu kenyataan melalui khidmat pesanan ringkas kepada Bernama di sini hari ini, beliau menasihatkan mereka, jika boleh, supaya menangguhkan sementara tanggungjawab mereka sebagai wakil rakyat, ketika berlangsung pemilihan Umno minggu depan, agar tidak didakwa sebagai melakukan apaapa kesalahan.

Lembaga Disiplin Umno semalam memutuskan Anggota Parlimen Paya Besar Datuk Abdul Manan Ismail digantung selama setahun, Ketua Pemuda Maran Mohamad Najuib Mohamad Shahaimi digantung keanggotaan selama tiga tahun manakala Timbalan Ketua Umno Bahagian Paya Besar Datuk Md Sohaimi Mohamed Shah, Naib Ketua Umno Bahagian Paya Besar Mohd Shohaimi Jusoh dan Anggota Jawatankuasa Umno Bahagian Paya Besar Mohd Zaili Besar diberikan amaran.

Adnan yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Pahang berkata, kejadian itu adalah sesuatu yang menyedihkan bagi Umno Pahang namun beliau bertegas, bahawa pada dasarnya, mereka yang didapati terbabit itu tidak melakukan sebarang kesalahan jenayah.

"Adalah menyedihkan bila menyaksikan rakanrakan kita dihukum kerana melampaui batasan kod etika parti tapi yang baiknya ialah mereka tidak melakukan apaapa bentuk jenayah, namun keputusan Lembaga Disiplin Umno mesti dihormati oleh semua ahli parti.

"Saya ingin jelaskan bahawa Ahli Parlimen Paya Besar yang digantung setahun dan tiga Ahli Dewan Undangan dari Sungai Lembing (Md Sohaimi), Lepar (Mohd Shohaimi) dan Panching (Mohd Zaili) yang dikenakan amaran bukanlah kerana menggunakan wang tetapi didapati telah menganjurkan dan menyertai perjumpaan dalam usaha mereka melaksanakan tanggungjawab sebagai wakil rakyat dalam tempoh pemilihan jawatankuasa Umno bahagian yang lepas," kata beliau. BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan