Kes Elizabeth: Polis ambil keterangan dari ayah Hilmi

Diterbitkan: Rabu, 18 Mac 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Polis telah mengambil keterangan daripada bapa bekas teman lelaki, Elizabeth Wong, Hilmi Malek minggu lalu.

Perkara tersebut disahkan oleh Ketua Pengarah Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah kepada mStar Online hari ini.

Bagaimanapun menurut Ku, pihak polis masih gagal menjejaki lokasi sebenar di mana bekas teman lelaki Wong berada.

Sementara itu, polis telah mengeluarkan surat perintah bagi memanggil Hilmi agar tampil untuk membantu siasatan berhubung penyebaran gambar separuh bogel ADUN itu di internet.

Menurut Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Wira Muhammad Sabtu Osman, surat perintah 111 Kanun Prosedur Jenayah itu telah diserahkan melalui bapa teman lelaki Elizabeth yang dikenali sebagai Hilmi.

"Minggu lepas polis telah mengambil keterangan bapa Helmi di Ibu Pejabat Polis (IPK) Kuala Lumpur untuk membantu siasatan dan kita juga telah menyerahkan surat perintah itu melalui bapanya.

"Kita mahu Hilmi tampil untuk memberi keterangan kepada polis bagi membantu menyelesaikan kes ini," katanya kepada pemberita selepas majlis penutup Kursus Pengurusan Krisis dan Bencana Polis Bantuan IPK Kuala Lumpur hari ini.

Polis sebelum ini mengesahkan Hilmi, 32, merupakan satusatunya saksi yang dicari bagi membantu siasatan berhubung kes gambar separuh bogel Elizabeth yang tersebar luas di Internet awal bulan lepas.

Bagaimanapun, Muhammad Sabtu enggan mengulas mengenai tempoh yang diberikan polis kepada Helmi untuk tampil memberikan keterangan.

"Tempoh yang diberikan itu bergantung kepada polis, saya tidak boleh memberitahu maklumat penuh kes ini kerana ia akan menganggu siasatan.

"Polis juga percaya Hilmi masih berada di Indonesia," katanya.

Ketika ditanya mengapa polis tidak bertindak mengeluarkan waran tangkap terhadapHelmi atau menggunakan khidmat Interpol mengesan lelaki itu, beliau menjelaskan, polis tidak boleh sesuka hati berbuat demikian kerana lelaki itu hanya diperlukan untuk membantu siasatan.

"Hilmi bukan 'dikehendaki', kita hanya mahu minta beliau memberi keterangan," kata Muhammad Sabtu.

Sehingga kini, hampir 20 orang termasuk wartawan telah dipanggil memberi keterangan berhubung kes itu.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan