2 ADUN Bebas Perak beri keterangan polis

Diterbitkan: Rabu, 18 Mac 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

[DIKEMAS KINI] PETALING JAYA: Dua bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang kini bertindak sebagai wakil rakyat Bebas memberi keterangan kepada polis berhubung laporan mereka telah meletakkan jawatan ADUN bulan lalu.

ADUN Changkat Jering, Kapten (B) mohd osman mohd jailu dan rakan sejawatannya dari Behrang, Jamaluddin mohd radzi berada di Jabatan Komersial Jenayah, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak kira-kira sejam bermula 2.30 petang.

"Kami berdua petang ini memberi keterangan kepada polis berhubung surat yang yang didakwa diserahkan oleh kami kepada Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V. Sivakumar," kata Jamaluddin kepada mStar Online.

Jamaluddin dan Osman telah membuat laporan polis pada hujung Januari lalu masing-masing di Ibu Pejabat Polis Bentong dan Shah Alam.

Minggu lalu Osman, Jamaluddin dan ADUN Jelapang, Hee Yit Foong telah memfailkan permohonan membatalkan keputusan Sivakumar yang menyatakan kerusi bagi kawasan masing-masing telah dikosongkan.

Sivakumar sebelum ini mengumumkan bahawa tiga kerusi DUN yang diwakili mereka telah dikosongkan selain mereka bukan lagi ADUN yang sah serta tidak layak menghadiri sidang DUN.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan