Khir: Saya kini lebih yakin hari penentuan

Diterbitkan: Selasa, 17 Mac 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Calon Ketua Pemuda Umno, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo lebih yakin untuk mencapai kemenangan dalam pemilihan hujung bulan ini.

Beliau berkata keputusan Lembaga Disiplin hari ini yang memutuskan beliau tidak terlibat dalam politik wang memberikan semangat baru kepadanya.

"Saya rasa bersyukur dan berterima kasih dengan keputusan Lembaga Disiplin," katanya kepada mStar Online.

Tambah beliau, keputusan tersebut juga dapat membersihkan namanya yang sedikit tercalar sebelum ini ekoran dakwaan sesetengah pihak beliau terlibat dengan gejala politik wang.

"Nampaknya dengan keputusan ini nama saya sudahpun dibersihkan.

"Jadi cubaan sesetengah pihak untuk gagalkan hasrat saya untuk bertanding pada pemilihan kali ini gagal...saya amat bersyukur," katanya.

Hari ini, Pengerusi Lembaga Disiplin, Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail dalam satu sidang media khas di ibu pejabat Umno, Menara Dato' Onn, Kuala Lumpur mengumumkan Mohamad Khir didapati tidak bersalah.

Mohamad Khir disiasat oleh lembaga itu mengikut Perkara 5.1.2, 5.5, 5.6 dan 5.6.1 Tataetika Ahli Umno.

Bagaimanapun lembaga itu mendapati seorang lagi calon bagi jawatan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin didapati bersalah di bawah Perkara 10.1, Tataetika Ahli Umno kerana melanggar peraturan kempen pemilihan parti tetapi hanya diberikan amaran.

Selain Mohamad Khir dan Khairy seorang lagi calon yang akan bertanding dalam pemilihan parti itu ialah Datuk Mukhriz Mahathir.

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan