Lembaga Disiplin tentukan nasib calon Umno esok

Diterbitkan: Isnin, 16 Mac 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Nasib lebih 20 calon yang bertanding jawatan utama dijangka diketahui nasib mereka - berhubung kes politik wang esok.

Lembaga Disiplin Umno dijadual mengadakan sidang media khas 4 petang.

Menurut sumber, badan itu dipercayai mengumumkan hasil siasatannya melibatkan pemimpin-pemimpin terbabit.

"Kemungkinan sidang media esok bertujuan untuk umumkan mengenai politik wang," kata sumber bekenaan.

Dalam pada itu Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Ahmad Said Hamdan menafikan pihaknya menahan beberapa individu yang dipercayai penyokong dua pemimpin Umno yang layak bertanding dalam pemilihan parti itu hujung bulan ini.

Sebaliknya beliau menegaskan SPRM tidak membuat sebarang tangkapan terbaru berhubung politik wang dalam Umno.

"Tak ada, tak ada apa-apa tangkapan,' katanya kepada mStar Online.

Beliau berkata demikian bagi mengulas khabar angin yang mengatakan 11 orang penyokong Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam dan tujuh penyokong Naib Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin ditahan oleh SPRM.

Kedua-dua mereka masing-masing bertanding bagi jawatan Timbalan Presiden dan Ketua Pemuda.

Ahmad bagaimanapun menyifatkan khabar agin tersebut sengaja disebarkan terutamanya menjelang pemilihan Umno pada 24 hingga 28 Mac.

"Dah namapun khabar angin, jadi ia memang khabar anginlah.

"Memang banyak khabar angin begini disebarkan terutamanya bila pemilihan (Umno) dah dekat," katanya.

Ditanya sama ada Lembaga Disiplin Umno ada berhubung atau membuat laporan berhubung politik wang kepada pihaknya, beliau enggan mengulas lanjut.

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan