Kedudukan tiga kerusi DUN Perak dirujuk ke Mahkamah Persekutuan

Diterbitkan: Isnin, 16 Mac 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

IPOH: Mahkamah Tinggi di sini akan merujuk kepada Mahkamah Persekutuan berhubung tafsiran Undangundang Tubuh Negeri Perak mengenai sama ada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) atau Speaker Dewan Undangan Negeri Perak adalah pihak yang berhak dan berkuasa untuk menentukan sesuatu kerusi DUN itu kosong atau sebaliknya, demikian menurut seorang peguam hari ini.

Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin, seorang daripada peguam yang mewakili tiga anggota dewan itu yang kedudukan mereka menjadi persoalan, berkata Mahkamah Tinggi hari ini membenarkan permohonan tiga wakil rakyat bebas itu untuk merujuk kepada Mahkamah Persekutuan bagi mendapatkan penjelasan isu perlembagaan berhubung saman yang mereka failkan untuk mengisytihar sebagai tidak sah satu keputusan Speaker Dewan Undangan Negeri Perak V.Sivakumar mengenai kedudukan mereka.

Bercakap kepada pemberita di luar mahkamah di sini, beliau berkata rujukan itu dibuat kerana Mahkamah Persekutuan adalah mahkamah tertinggi di negara ini dan ia mempunyai peranan istimewa untuk membuat penjelasan tafsiran peruntukan perlembagaan persekutuan dan undangundang tubuh negeri.

"Mahkamah Persekutuan adalah forum yang berhak untuk mendengar semua isu perlembagaan ini. "Jadi permohonan ini telah dibuat berdasarkan Seksyen 84A Akta Mahkamah Kehakiman untuk Mahkamah Persekutuan menentukan pengakhirannya," katanya.

Sebelum ini, tiga ADUN berkenaan, Jamaluddin Mohd Radzi (Behrang), Kpt (B) Mohd Osman Jailu (Changkat Jering) dan Hee Yit Foong (Jelapang) memohon mahkamah mengisytiharkan kerusi masing-masing tidak kosong dan mereka masih wakil rakyat yang sah setelah Sivakumar memutuskan yang mereka telah mengosongkannya.

Bulan lepas, ketiga-tiga wakil rakyat itu keluar parti masing-masing, iaitu Jamaluddin dan Mohd Osman daripada Parti Keadilan Rakyat dan Hee daripada DAP, dan ini mendorong Sivakumar mengisytiharkan tiga kerusi itu kosong kerana mendakwa mereka telah menandatangani surat peletakan jawatan selepas menang dalam pilihan raya umum 8 Mac tahun lepas.

Peguam Chan Kok Keong, seorang daripada peguam yang mewakili Sivakumar, berkata tiada apa-apa yang perlu dibawa ke Mahkamah Persekutuan kerana Speaker berhak menikmati imunitinya.

Katanya kes berkenaan tidak perlu dibawa ke Mahkamah Persekutuan kerana isu yang menjadi pertikaian adalah mengenai Undang-undang Tubuh Negeri Perak dan hak seorang Speaker. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan