Pas tetap umum nama calon 26 Mac - Berita Semasa | mStar

Pas tetap umum nama calon 26 Mac

Diterbitkan: Ahad, 15 Mac 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

TAIPING: PAS hanya akan mengumumkan calonnya 26 Mac ini walaupun Barisan Nasional (BN) telah menamakan calonnya untuk pilihan raya kecil Bukit Gantang semalam.

PAS Perak akan bermesyuarat malam ini untuk mempertimbangkan empat nama yang sudah ditapis.

Ibu Pejabat PAS pula akan memutuskan bakal calonnya 23 Mac.

Empat nama itu akan dihalusi malam ini selepas Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak, Asmuni Awi menolak namanya daripada dicalonkan.

Sambil menolak andaian bahawa langkah awal Umno dan BN semalam memberi tekanan kepada PAS dalam soal memilih calonnya, Pesuruhjaya PAS Perak, Ahmad Awang berkata, pihaknya mempunyai beberapa sebab untuk berbuat demikian.

Antaranya, kata beliau, Presiden PAS Daruk Seri Abdul Hadi Awang dan beberapa anggota jawatankuasa pusat berada di luar negara.

"Jadi PAS pusat akan memutuskan nama calon yang sesuai pada 23 Mac dan akan diumumkan di sini tiga hari kemudian," katanya ketika ditemui selepas majlis anjuran Kelab Penyokong PAS Bukit Gantang di sini hari ini.

Semalam BN mengumumkan Ismail Saffian iaitu bekas Ketua Penerangan Umno Bukit Gantang sebagai calonnya.

Ketika ditanya sama ada pengumuman lewat akab menjejaskan peluang PAS kekalkan kerusinya, Ahmad yang juga Naib Presiden PAS berkata, pihaknya sudah membuat persiapan awal.

"Lagipun jentera sudahpun berjalan dan kini mengaturkan pelbagai aktiviti bagi hadapi pilihan raya kecil ini," katanya.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan