Pakatan Rakyat umum calon Bukit Selambau 28 Mac ini

Diterbitkan: Ahad, 15 Mac 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Pakatan pembangkang akan mengumumkan calon bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau pada 28 Mac ini, sehari sebelum hari penamaan calon, kata Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak.

Beliau berkata Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengumumkan nama calon berkenaan berikutan kerusi DUN itu merupakan kuota PKR.

"Calon dijangka diumum pada sebelah malam pada hari itu tapi apa pun keputusan, ia terletak di tangan PKR ," kata beliau kepada pemberita sini, hari ini.

Semalam, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan MIC Kedah Datuk S. Ganesan sebagai calon BN bagi pilihan raya kecil 7 April ini. BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan