MB Selangor bincang isu Elizabeth hujung minggu ini

Diterbitkan: Ahad, 15 Mac 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GOMBAK: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata kedudukan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Lanjan, Elizabeth Wong akan diputuskan selepas beliau mengadakan pertemuan dengan wakil rakyat berkenaan hujung minggu ini.

"Saya jangkakan pada hujung ini saya akan bertemu dengannya, sebaik dia (Wong) pulang dari luar negara," katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis kembara rakyat sempena setahun pemerintahan kerajaan Pakatan di Selangor di Stadium Majlis Perbandaran Selayang hari ini.

Ketika ditanya pendirian Pakatan Rakyat berkenaan kedudukan Wong, Abdul Khalid yang juga Ahli Parlimen Bandar Tun Razak berkata:

"Itu saya tidak boleh beritahu kerana ia satu perbincangan yang sangat peribadi dan tidak akan diadakan secara terbuka."

Ditanya kemungkinan cuti Wong yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar itu akan dilanjutkan, Abdul Khalid berkata ia terpulang kepada perbincangan itu kelak.

Difahamkan tempoh cuti yang diberikan oleh kerajaan Selangor kepada Wong ekoran kontroversi yang melandanya sejak Februari lalu tamat hari ini.

Abdul Khalid yang juga ADUN kawasan Ijok menjelaskan, beliau sedang menunggu laporan penuh daripada pihak polis berhubung hasil siasatan mereka dalam kes penyebaran gambar dan video separuh bogel Exco terbabit.

"Kita juga akan bincangkan ia (hasil siasatan) dengan Wong," katanya.

Pada 25 Februari lalu, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menyerahkan kepada Abdul Khalid selaku Menteri Besar untuk membuat keputusan berhubung kedudukan Wong sebagai wakil rakyat.

Pendirian Sultan Selangor itu dinyatakan kepadanya semasa Abdul Khalid menghadap baginda untuk mendapat nasihat mengenai kedudukan Wong yang menawarkan diri untuk meletakkan jawatan ekoran kontroversi tersebut.

Baginda mengambil keputusan itu memandangkan isu Wong masih dalam siasatan polis dan sebagai Sultan Selangor, baginda sememangnya berkecuali dalam hal ehwal politik.

Kerajaan Selangor sebelum ini telah melanjutkan permohonan cuti Wong yang menawarkan untuk meletakkan jawatan sebagai Exco dan ADUN sehingga selesai siasatan polis berikutan penyebaran gambar bogel wakil rakyat itu melalui internet bulan lepas.

Wong, 37 telah menghantar surat peletakkan jawatannya sebagai ADUN dan Exco kepada Abdul Khalid pada 17 Februari lalu.

Beliau yang dikatakan masih berada di luar negara, mengulangi hasrat untuk mengosongkan jawatan sebagai kedua-dua jawatannya walaupun kepimpinan PKR menyarankan beliau bercuti dan menimbangkan semula hasratnya itu.

Pada pilihan raya umum 8 Mac tahun lepas, Wong yang juga Ketua Penerangan Wanita Parti Keadilan Rakyat mengalahkan calon Barisan Nasional Datin Paduka Yong Dai Ying dengan majoriti 5,155 undi bagi kerusi DUN Bukit Lanjan.

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan