Bukit Selambau: PKR Merbok serah empat nama

Diterbitkan: Ahad, 15 Mac 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Empat nama telah disenarai pendek untuk dipilih sebagai calon Parti Keadilan Rakyat pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau.

Menurut Ketua PKR Bahagian Merbok, Datuk Rashid Din senarai nama itu telah diserahkan kepada Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim di bangunan Parlimen, Rabu lalu.

"Ramai yang telah menawarkan diri untuk jadi calon, kita faham. Daripada dua puluh nama yang kita terima, saya hanya memilih empat calon yang terbaik.

“Kami telah mengadakan sesi temu bual dengan calon serta mendapatkan maklum balas daripada ahli-ahli parti diperingkat bahagian sebelum memutuskan calon-calon untuk disenarai pendek.," katanya kepada mStar Online hari ini.

Bagaimanapun, Rashid berkata keputusan terakhir terletak ditangan pucuk pimpinan untuk memilih calon yang paling sesuai.

Jelas beliau, hampir 90 peratus calon yang dinamakan oleh PKR Merbok adalah di kalangan calon berbangsa India.

"Kita tidak boleh lari dari hakikat dan memang kita perlu ikut kehendak majoriti ahli parti," katanya.

Rashid yang juga ahli Parlimen Merbok berkata keempat-empat nama yang diserahkan itu tediri daripada calon anak tempatan.

Ketika ditanya siapakah calon-calon yang telah diserahkan itu beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut.

Selasa lalu, dalam mesyuarat kepimpinan parti Anwar telah diminta meletakkan sama ada peguam hak asasi manusia, N. Surendran atau penyelaras kumpulan Hindraf yang telah diharamkan, RS Thanenthiran sebagai calon pilihan raya kecil kerusi Bukit Selambau.

Permintaan itu diketengahkan bagi mengelakkan perpecahan sokongan kepada PKR dalam pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri tersebut 7 April ini.

Kerusi DUN Bukit Selambau kosong selepas peletakan jawatan oleh penyandangnya V. Arumugam dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) awal bulan lepas.

Petang semalam Barisan Nasional mengumumkan, Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan MIC Kedah Datuk S.Ganesan dipilih sebagai parti itu bagi pilihan raya kecil DUN Bukit Selambau.

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan