Isytihar harta 10 Exco Selangor kecuali MB dipaparkan semalam

Diterbitkan: Sabtu, 14 Mac 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Pengumuman aset Anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Selangor di laman web kerajaan negeri menarik ramai pelayar internet tetapi setakat pukul 9 malam ini aset dan pendapatan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim belum diperoleh.

Teresa Kok adalah antara exco yang mempunyai pendapatan paling tinggi di kalangan sembilan Exco lain dengan jumlah pendapatan RM32,830.67 sebulan di samping mempunyai dua rumah yang keseluruhan bernilai RM320,000.

Jumlah pendapatan Kok iaitu Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelaburan, Perdagangan dan Perindustrian itu termasuk pendapatan sebagai Exco serta elaun lain sebanyak RM19,722.08 dan Anggota Parlimen Seputeh sebanyak RM13,108.59.

Maklumat pengisytiharan aset membabitkan hartanah, saham, wang yang diperoleh sejak mengangkat sumpah sebagai Exco itu disiarkan menerusi laman web rasmi kerajaan negeri di alamat www.selangor.gov.my bermula lewat petang semalam.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Asas Datuk Dr Hasan Mohamed Ali pula memperoleh pendapatan termasuk elaun sebanyak RM17,722.08 dan aset rumah bernilai RM296,565 serta kenderaaan bernilai RM151,669.85.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan, Ronnie Liu pula memperoleh pendapatan bulanan RM20,722.08 termasuk elaun dan dividen Public Mutual Fund serta aset rumah bernilai RM60,000 dan tanah bernilai bernilai RM200,000.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pembangunan Kampung Baru dan Penyelesaian Kilang Haram, Ean Yong memperoleh pendapatan bulanan berjumlah RM23,222.08 termasuk elaun, bayaran balik telefon dan perbelanjaan pejabat dan sebuah rumah bernilai RM533,974.

Abdul Khalid berkata, statistik yang dilaporkan di dalam laman web itu hanyalah bagi pendapatan dan aset barisan Exco kerajaan negeri semenjak mereka mengangkat sumpah pada 24 Mac tahun lepas sehingga sekarang.

Bagaimanapun, aset mereka sebelum menjadi Exco tidak dilaporkan di dalam laman web itu buat masa ini, katanya kepada pemberita.

Dengan pengumuman aset ini, Abdul Khalid berkata pihaknya dapat mengesan sama ada aset anggota Exco meningkat semasa memegang jawatan itu dan jika meningkat adakah ia berikutan salah guna kuasa.

Abdul Khalid berkata, beliau akan membawa satu usul pada mesyuarat mingguan Exco pada minggu depan supaya hanya jumlah keseluruhan aset bagi setiap Exco sebelum mereka menjawat jawatan itu dapat dilaporkan, bukan senarai aset dan nilainya secara terperinci.

Beliau berkata pihaknya tidak akan mendedahkan aset anggota Exconya secara terperinci bagi mengelak berlakunya spekulasi terhadap pemilikan harta yang dimiliki sebelum mereka menjadi Exco. BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan