BN perlu hentikan pendekatan pembangunan "mee segera" - Najib

Diterbitkan: Sabtu, 14 Mac 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

TAIPING: Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini berkata Barisan Nasional (BN) tidak lagi akan meneruskan pendekatan "politik pembangunan mee segera" apabila menghadapi pilihan raya.

Timbalan Perdana Menteri berkata projek pembangunan atau pembaharuan akan dirancang seperti biasa mengikut keperluan rakyat dan bukan lagi diluluskan apabila berlangsungnya pilihan raya.

"Politik pembangunan "mee segera" (ialah) bila pilihan raya kita nampak traktor masuk...di (pilihan raya kecil Parlimen) Bukit Gantang kita tidak akan buat (begitu) tetapi pembangunan akan tetap dibawa," kata Najib semasa berucap pada majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Taman Kota Jaya, Simpang dekat sini.

Pada majlis itu, Najib yang juga Timbalan Pengerusi BN mengumumkan bekas Ketua Penerangan Umno Bahagian Gantang Ismail Saffian sebagai calon BN bagi pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang bulan depan.

Pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang diadakan berikutan kematian penyandang Roslan Shahrom dari PAS pada 9 Februari lalu. Penamaan calon akan berlangsung pada 29 Mac dan pengundian 7 April.

"Pendekatan projek "mee segera" seperti projek jalan berturap, membersihkan kawasan atau bermacammacam lagi projek segera setiap kali menjelang pilihan raya perlu diubah...mana yang boleh lulus akan kita lulus," katanya.

Najib yang juga Pengerusi BN Perak berkata isyarat boleh diberikan sendiri oleh para pengundi sama ada mereka mahukan pembaharuan yang segera ke kawasan mereka kerana BN akan memberi tumpuan berdasarkan mandat dan keyakinan yang ditunjukkan.

"Jika rakyat di kawasan pilihan raya termasuk di Parlimen Bukit Gantang ini memberi kemenangan kepada BN sudah pasti lebih banyak pembangunan akan dibawa masuk ke sini selepas pilihan raya," katanya.

Timbalan Perdana Menteri berkata pendekatan melaksanakan projek segera terutama sewaktu menjelang pilihan raya kecil di kawasan tertentu akan diubah kepada bentuk pembangunan yang lebih menyeluruh.

Katanya, kerajaan akan tetap membawa perubahan kepada penduduk sejajar dengan dasar pembangunan jangka panjang bagi kepentingan rakyat keseluruhan.

Najib berkata program pembangunan yang dilaksanakan oleh kerajaan BN adalah berkonsepkan "Satu Malaysia" iaitu pembangunan untuk semua rakyat tanpa mengira kaum dengan melibatkan semua bidang termasuk pendidikan, ekonomi dan sosial.

Menyentuh pergolakan politik yang masih berlarutan berikutan peralihan kuasa kerajaan negeri Perak, Najib berkata keadaan itu seharusnya tidak berlaku jika pakatan pembangkang menghormati dan mematuhi Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak.

Beliau berkata parti pembangkang PAS, DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) perlu menunggu keputusan mahkamah mengenai pertikaian siapa Menteri Besar Perak yang sah antara Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dan Datuk Dr Zambry Abdul Kadir.

"BN tidak ragu Dr Zambry Menteri Besar yang sah di sisi undangundang...Exco kerajaan negeri sah di sisi undang-undang.

Pertikailah melalui mahkamah, jangan buat rusuhan, jangan baring atas jalan...kaedah terbaik rujuk ke mahkamah," katanya.

Beliau berkata selepas pilihan raya umum 2008, Sultan Perak Sultan Azlan Shah memperkenankan pelantikan Menteri Besar dari PAS atas prinsip majoriti wakil rakyat menyatakan persetujuan dan prinsip sama diulangi apabila Sultan Perak memperkenankan kerajaan negeri BN yang telah mendapat majoriti dengan sokongan 3 Adun Bebas.

Majlis itu turut dihadiri Dr Zambry, dua Naib Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Seri Mohd Ali Rustam dan Ketua Penerangan Umno Tan Sri Muhammad Muhd Taib. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan