Anti-PPSMI: Mahathir sedih demonstrasi GMP

Diterbitkan: Sabtu, 14 Mac 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad sambil mempertahankan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) menegaskan "negara akan rosak jika dasa ditentukan oleh orang yang berdemonstrasi."

"Saya berasa amat sedih apabila membaca laporan berkenaan demonstrasi yang dipimpin oleh tokoh sastera Melayu menentang pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris.

"Kononnya ini akan menidakkan kebolehan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dalam ilmu ini.

"Konon ia akan mengurangkan perkembangan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan," kata beliau dalam tulisan blognya semalam.

Dasar itu yang diperkenalkan semasa era kepimpinan beliau, Dr. Mahathir menambah, pelajaran bukan semata-mata untuk memaju atau mengembangkan bahasa.

Sebaliknya, tambah beliau, pelajaran adalah untuk penguasaan ilmu, pelbagai jenis ilmu.

Katanya, bangsa dan negara akan rosak jika dasar negara ditentukan oleh orang yang berdemonstrasi.

"Lebih rosak lagi jika yang berdemonstrasi didalangi oleh politik pembangkang," kata beliau dengan merujuk kepada Perhimpunan 100,000 Rakyat yang diadakan minggu lalu oleh Gerakan Masukan PPSMI Sabtu lalu.

Perhimpunan itu bertukar menjadi ganas selepas peserta perhimpunan merempuh sekatan polis dalam usaha untuk menuju ke Istana Negara.

GMP menyerahkan memorandum bantahan PPSMI kepada Yang di-Pertuan Agong.

Dr. Mahathir menambah, beliau bukan memandang rendah bahasa Malaysia.

"Tetapi saya perlu terima hakikat yang sebenar. Bahasa sesuatu bangsa akan dipelajari oleh orang asing jika bangsa itu amat maju dan terkenal dengan ilmu yang dimiliki dan diterokai olehnya," katanya.

Beliau mengulangi hujahnya bahawa jika "kita ingin bahasa Melayu digunakan dengan meluas kita perlu majukan diri kita dalam semua bidang terutama bidang ilmu dahulu."

Sebelum itu minat untuk belajar bahasa Melayu akan terhad kepada sekumpulan kecil sahaja, kata beliau.

"Kita belajar sains dan matematik untuk memajukan bangsa kita supaya satu hari mungkin kita akan terkenal berkenaan dengan penerokaan dan kajiselidik oleh kita dan orang lain akan belajar bahasa kita untuk mendapat ilmu yang diteroka oleh kita.

"Penguasaan ilmu amat penting bagi masa depan seseorang. Janganlah kita perjudikan masa depan anak orang kerana kononnya kita seorang nasionalis yang begitu sayang kepada bahasa kita.

"Sayang bahasa tidak boleh melebihi sayang bangsa. Mereka yang sayang bangsa mereka ingin lihat bangsa mereka maju, berilmu dan dihormati dunia.

"Hanya kerana boleh bertutur kata dalam bahasa sendiri tidak akan menjadikan bangsa kita dihormati dan disegani orang," jelas beliau.

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan