Teresa saman Syed Hamid, tiga yang lain

Diterbitkan: Jumaat, 13 Mac 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

[DIKEMAS KINI] KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok Suh Sim hari ini mengemukakan saman terhadap Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar dan tiga yang lain kerana mendakwa beliau ditangkap dan ditahan secara salah di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) tahun lepas.

Kok memfailkan saman dan pernyataan tuntutan itu melalui Tetuan S.N. Nair & Partners di Pejabat Pendaftaran Mahkamah Tinggi di sini pada kirakira pukul 8.40 pagi.

Selain Syed Hamid sebagai defendan pertama, Kok, selaku plaintif, turut menamakan Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan, DSP E Kim Tien dan Kerajaan Malaysia sebagai defendan kedua, ketiga dan keempat.

Dalam tuntutan itu, Kok mendakwa pada pukul 11.15 malam, 12 Sept, 2008, defendan-defendan telah menangkapnya di pintu masuk kediaman beliau di Pearl Tower OG Heights di sini, secara paksa dan merbahaya, sebelum dibawa ke Balai Polis Wangsa Maju di mana beliau ditahan selama lebih dua jam tanpa diberi kebenaran untuk menghubungi saudara terdekat atau peguamnya.

Kok mendakwa pada pukul 2 pagi, 13 Sept, 2008, di Balai Polis Wangsa Maju, beliau telah dimaklumkan oleh defendan ketiga bahawa beliau ditahan di bawah seksyen 73(1) ISA 1960 atas alasan telah melibatkan diri dalam kegiatan yang boleh mencetuskan ketegangan dan pergaduhan antara kaum. Selanjutnya, Kok mendakwa beliau telah dihantar ke sebuah tempat penahanan rahsia dan ditahan di situ sehingga 19 Sept, 2008, tanpa dibicarakan.

Kok mendakwa alasan penangkapan dan penahanannya adalah tidak benar dan tidak berasas.

"Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Ismail Omar telah membuat kenyataan rasmi akhbar pada 19 Sept, 2008 yang diterbitkan di media bahawa plaintif telah dilepaskan tanpa syarat kerana 'the police was satisfied that she was not a threat to public order and security'.

"Disebabkan oleh kecuaian, sewenang-wenangnya dan secara semberono defendan-defendan dalam membuat tangkapan dan penahanan yang tidak sah, plaintif telah diletakkan di bawah tekanan mental yang teruk, kesakitan dan kesengsaraan akibat keracunan makanan, penafian yang tidak sah terhadap hak berperlembagaan," kata Kok dalam tuntutan itu.

Kok memohon mendapatkan ganti rugi untuk tangkapan salah dan penahanan tidak sah, ganti rugi kesakitan dan kesengsaraan, ganti rugi untuk tekanan mental, gantirugi am dan khas dan relif-relif lain daripada mahkamah. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan