Samy Vellu dipanggil beri keterangan isu AIMST - Berita Semasa | mStar

Samy Vellu dipanggil beri keterangan isu AIMST

Diterbitkan: Jumaat, 13 Mac 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Presiden MIC, Datuk Seri S. Samy Vellu hari ini memberi keterangan kepada polis berhubung dakwaan salah urus kewangan dalam pembinaan dan penyelenggaran Institut Perubatan, Sains dan Teknologi Asia (AIMST) di Semeling, Kedah.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Koh Hong Sun mengesahkan kehadiran Samy Vellu di jabatan itu pada pukul 10.30 pagi.

"Saya hanya boleh sahkan bahawa kenyataan telah diambil daripada Datuk Seri S. Samy Vellu pagi ini. Saya tidak mahu mengulas lanjut kerana siasatan masih berjalan," katanya ketika dihubungi.

Kenyataan diambil dari Samy Vellu dipercayai ekoran siasatan yang dijalankan ke atas Institut Pembangunan Pendidikan Maju (MIED), sebuah entiti pendidikan MIC yang bertanggungjawab membina dan menguruskan AIMST. BERNAMA

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan