Norza mengaku tidak bersalah dua tuduhan rasuah

Diterbitkan: Jumaat, 13 Mac 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

TEMERLOH: Anggota Majlis Tertinggi Umno, Datuk Mohamad Norza Zakaria hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini terhadap dua pertuduhan memberi rasuah kepada dua individu pada 20 Jan lepas.

Beliau yang meminta untuk dibicarakan dibebaskan dengan ikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin.

Mohamad Norza, 43, yang juga Ketua Pemuda Umno Wilayah Persekutuan, didakwa melakukan perbuatan itu pada 6.30 petang di No 38, Pinggiran Tasik, Taman Bandar Temerloh, di sini.

Beliau didakwa secara rasuah telah memberikan kepada Khadri Musa melalui Halimi Kamaruzzan suatu suapan iaitu wang tunai RM1,500 sebagai dorongan untuk diagihkan kepada anggota-anggota perwakilan yang boleh membantu mengundi beliau untuk memenangi jawatan sebagai ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno pada pemilihan parti itu hujung bulan ini.

Di tempat yang sama dan pada tarikh dan waktu yang sama, Mohamad Norza didakwa secara rasuah memberikan kepada Mohammad Anuar Yunus, juga melalui Halimi Kamaruzzaman, suatu suapan iaitu wang tunai RM1,900 sebagai dorongan untuk diagihkan kepada anggota-anggota perwakilan yang boleh membantu mengundi beliau untuk memenangi jawatan MT Umno pada pemilihan Umno itu nanti. BERNAMA

BERITA TERDAHULU

PETALING JAYA: Ketua Pemuda Umno Wilayah Persekutuan, Datuk Norza Zakaria dipercayai akan didakwa di mahkamah hari ini oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berikutan dakwaan terlibat dalam politik wang.

Bekas setiausaha politik kepada Menteri Kewangan Kedua, Tan Sri Nor Mohamed Yaacop itu dijangka hadir di Mahkamah Majistret Temerloh.

Norza akan menjawab pertuduhan berhubung dakwaan beliau memberi wang kepada beberapa individu bagi memastikan kemenangannya dalam pemilihan Umno selepas mendapat pencalonan mencukupi untuk bertanding jawatan Majlis Tertinggi.

Norza, 40, ditahan Januari lalu dan dilepaskan dengan ikat jamin sementara siasatan dijalankan.

Beliau bagaimanapun dilaporkan menafikan bahawa beliau sedang disiasat dan mendakwa hanya diminta oleh SPRM untuk membantu siasatan.

Beliau juga dilaporkan berkata, tiada sebab beliau memberi rasuah untuk memastikan kemenangannya kerana berdasarkan pencalonan yang diperolehi, beliau yakin mendapat sokongan kuat dari akar umbi.

The Star sebelum ini melaporkan, SPRM telah menyoal siasat Norza berikutan dakwaan yang beliau telah memberi rasuah antara RM300 dan RM500 kepada beberapa individu untuk memastikan kemenangannya.

Lebih 13 orang ditahan dan disoal siasat oleh SPRM sebelum itukerana didakwa menerima wang daripada ahli politik.

Kebanyakan daripada mereka yang ditahan adalah dari Maran dan Temerloh.

SPRM sebelum ini mendakwa tiga individu di Melaka, Perak dan Wilayah Persekutuan kerana kesalahan yang sama.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan