Enam pengunjung blog didakwa hina Sultan Perak

Diterbitkan: Jumaat, 13 Mac 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

TERTUDUH.. Pengunjung blog, Muslim Ahmad,56, antara enam yang didakwa kerana menghina Sultan Perak. Dia bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas kesalahan tersebut.
TERTUDUH.. Pengunjung blog, Muslim Ahmad,56, antara enam yang didakwa kerana menghina Sultan Perak. Dia bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas kesalahan tersebut.

[DIKEMAS KINI, 1.30 TENGAH HARI] KUALA LUMPUR: Enam pengunjung laman blog didakwa di Mahkamah Sesyen di empat bandar utama hari ini kerana kesalahan menghantar komen menghina Sultan Perak, Sultan Azlan Shah dalam laman blog.

Keenam-enam mereka didakwa di bawah Seksyen 233(1)(9) Akta Kommunikasi dan Multimedia 1998.

Mereka adalah Azrin Md Zin, 33, Muslim Ahmad, 54, Nor Hisham Othman, 36, Chan Hon Keong, 27, Khoo Hui Shuang dan Rutinin Suhaimin, 36.

Daripada enam terbabit, hanya Azrin yang mengaku bersalah.

- Di KUALA LUMPUR, Azrin, seorang pembantu makmal dijatuhkan hukuman denda RM10,000 atau lima bulan penjara selepas mengaku bersalah kerana menghantar komen menghina Sultan Perak di sebuah laman blog pada 12 Februari lalu. Dia adalah orang pertama yang dituduh di bawah akta tersebut.

Sementara itu, Muslim yang bekerja sendiri mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan atas tuduhan menghantar tiga komen yang menghina Sultan Perak Februari lalu.

- Di BUTTERWORTH, Chan mengaku tidak bersalah atas tuduhan menghantar komen yang menyerang dan berunsur lucah di sebuah laman web yang mempunyai pautan dengan laman web Sultan Perak.

Seorang lagi, Khoo tidak hadir ke mahkamah dan dipanggil semula untuk sebutan kes pada 15 April ini.

- Di PETALING JAYA, Nor Hisham meminta dibicarakan atas tuduhan menghantar komen yang memfitnah Sultan Perak.

Mahkamah membenarkan dia dijamin RM4,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan tarikh sebutan kes pada 14 April.

- Di KOTA KINABALU, seorang jurujual telefon bimbit, Rutinin mengaku tidak bersalah atas tuduhan yang sama.

Mahkamah menetapkan 25 dan 26 Mei ini untuk perbicaraan dan membenarkan Rutinin dijamin RM10,000.

BERITA TERDAHULU

KUALA LUMPUR: Seramai enam individu akan didakwa di mahkamah hari ini kerana menghina Sultan Perak, Sultan Azlan Shah dalam blog masing-masing.

Mereka akan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, Petaling Jaya, Kota Kinabalu dan Butterworth di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Mutlimedia 1998 kerana perbuatan menyiarkan " isi kandungan sumbang, lucah, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat mengacau, mendera, menggugut atau mengganggu".

Sementara itu, dua lagi individu akan didakwa dibawah tuduhan yang sama di Terengganu Ahad ini.

Mereka yang didapati bersalah akan dikenakan denda maksimum RM50,000 atau penjara selama setahun atau kedua-duanya.

Ini adalah kali pertama individu didakwa di bawah seksyen tersebut.

Difahamkan, pada 16 Februari beberapa orang pegawai eksekutif Teknologi Maklumat yang bekerja di pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak telah membuat laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) selepas membaca komen yang menghina Sultan Perak dalam blog tersebut.

Mereka didakwa menyiarkan komen yang menghina Sultan berhubung krisis politik di negeri tersebut.

Bagaimanapun, tidak diketahui sama ada antara mereka yang akan didakwa itu terbabit dalam perbuatan memutuskan pautan ke lamanweb diraja Perak.

SKMM telah membuat laporan polis berhubung isu tersebut di Unit Multimedia dan Jenayah Siber, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman dan pihak polis sedang menyiasat kes tersebut.

Sementara itu, Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail mengesahkan pegawainya akan mendakwa enam orang di Mahkamah esok.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai kes tersebut.

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan