Khairy: Perwakilan Umno tidak mudah gadai maruah dengan politik wang

Diterbitkan: Khamis, 12 Mac 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Calon Ketua Pemuda, Khairy Jamaluddin berkata perwakilan Umno tidak akan mudah menggadaikan undi mereka demi wang pada pemilihan parti yang akan berlangsung pada 24 Mac ini.

"Saya cukup bangga dan yakin dengan para perwakilan kali ini kerana setakat apa yang saya tahu, mereka tidak terlibat dengan gejala negatif seperti politik wang," katanya kepada mStar Online selepas menghadiri majlis pertemuan calon Pergerakan Pemuda Umno dengan perwakilan Umno Wilayah Persekutuan di sini, malam tadi.

Seramai 35 calon Exco Pemuda Umno hadir pada pertemuan tersebut, termasuk ketiga-tiga calon Ketua Pemuda, ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahahtir dan bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohd Khir Toyo serta Khairy.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Rembau berkata majlis yang diadakan itu melambangkan keterbukaan dalam parti.

"Kita tidak perlu bagi duit sogokan sebab perwakilan bebas untuk pilih calon Ketua, Naib Ketua dan Exco Pemuda. Semangat perjuangan yang tinggi dalam diri perwakilan menjadikan mereka matang untuk memilih pucuk pimpinan kali ini," katanya.

Khairy menjelaskan beliau melihat kempen ini bukan sekadar sesi pengenalan calon tetapi sebagai satu usaha yang baik daripada pihak pengurusan Pemuda sendiri.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai kajian yang dijalankan oleh Unversiti Malaya yang menunjukkan beliau sedang mendahului dari segi sokongan yang diterima untuk memenangi jawatan nombor satu pergerakan itu, Khairy berkata:

"Kita tidak tahu sikap dan kecenderungan perwakilan sehingga hari pembuangan undi. Semua ini adalah sebahagian daripada kempen termasuklah kajian yang dijalankan itu tapi akhirnya hari pembuangan undi adalah hari penentu dan kita tidak boleh buat ramalan awal.

"Setiap calon ada memang ada peluang untuk menang namun yang lebih penting adalah untuk semua Exco yang bertanding berjumpa dengan perwakilan serta membuat penilaian mereka berdasarkan perjumpaan tersebut."

Tambahnya, beliau tidak kisah bekerjasama dengan sesiapa pun yang terpilih sebagai Naibnya, jika beliau memenangi jawatan nombor satu pergerakan itu.

"Saya tak nafikan setiap calon ada keserasian masing-masing, tapi kita perlu jadi professional dalam menentukan halatuju parti," ujarnya.

Calon Naib Ketua Pemuda terdiri daripada, ahli Parlimen Muar, Datuk Razali Ibrahim dan Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Reezal Merican Naina Merican.

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan