Gobind diarah keluar Dewan bangkit isu Altantuya

Diterbitkan: Khamis, 12 Mac 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo diarahkan keluar dari Dewan Rakyat hari ini kerana berulang kali membangkitkan isu wanita Mongolia yang dibunuh, Altantuya Shaariibuu ketika sesi perbahasan.

Gobind Singh Deo (DAP-Puchong) yang kali ketiga diarah keluar sejak persidangan bermula pada sesi sekarang, membangkitkan perkara itu semasa perbahasan peringkat jawatankuasa Rang Undangundang Perbekalan Tambahan 2009 (Pakej Rangsangan Kedua).

Perkara itu juga berlaku sebaik Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menggulung perbahasan peringkat dasar Rang undangundang berkenaan.

Beliau menyatakan kehairanan kenapa kerajaan membelanjakan wang yang banyak untuk membina bangunan dan infrastruktur sedangkan wang itu sepatutnya digunakan untuk memastikan sistem keadilan berjalan dengan baik.

Pada peringkat itu Timbalan Speaker Datuk Ronald Kiandee cuba menghentikan perbuatan Gobind berkenaan dan Gobind yang berdegil terus duduk sebelum diarah keluar oleh Kiandee.

Gobind bangun dan menyatakan kepada Kiandee :"You should be ashamed of yourself (Anda patut malu dengan diri anda)" dan kemudian diiringi oleh Bentara keluar Dewan. Gobind yang ditemui pemberita di lobi Parlimen berkata beliau tidak menyesali perbuatannya itu.

Ini kali kedua anggota Parlimen diarah keluar Dewan hari ini.

Datuk Siringan Gubat (BN-Ranau) juga diarah keluar Dewan oleh Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia kerana mengingkari arahan supaya meminta kebenaran dari Speaker sebelum bangun berucap. BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan