Bukti baru Altantuya? Ketua Pemuda PKR dipanggil polis

Diterbitkan: Khamis, 12 Mac 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Ketua Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK), Shamsul Iskandar Mohd Akin hari ini memberi keterangan kepada pihak polis berhubung dakwaannya yang menemui bukti baru mengenai kes wanita Mongolia yang dibunuh, Altantuya Shaariibuu.

Shamsul berkata, beliau memberi keterangan kira-kira sejam bermula pukul 11.15 pagi tadi di Balai Polis Mutiara Damansara, di sini.

"Hari ini saya memberi keterangan berhubung laporan yang dibuat di Balai Polis Dang Wangi Sabtu lalu mengenai bukti baru yang saya dapati daripada satu artikel yang disiarkan sebuah laman web akhbar Perancis pada 6 Mac lalu.

"Artikel itu mengaitkan Razak (Baginda), (Datuk Seri) Najib (Tun Razak) dan (Datin Seri) Rosmah (Mansor) dalam kes pembunuhan Altantuya disebabkan komisyen berjumlah 114 juta Euro," katanya ketika dihubungi mStar Online sebentar tadi.

Shamsul berkata, berikutan itu, beliau telah meminta pihak polis membuka semula kes siasatan terhadap Razak dan menyiasat Najib serta Rosmah.

Selain itu katanya, beliau turut mengemukakan salinan kenyataan salah seorang tertuduh bagi kes itu iaitu anggota Unit Tindakan Khas (UTK), Koperal Sirul Azhar Umar tentang penglibatannya dalam pembunuhan Altantuya.

"Selain itu, pegawai polis tersebut turut bertanya saya mengapa saya tidak mengemukakan laporan ini kepada SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia).

"Saya berkata kepadanya, kes ini adalah mengenai dakwaan membunuh. Walaupun terdapat unsur rasuah tetapi dakwaan bunuh adalah yang utama," katanya.

Shamsul berkata, pihak polis memaklumkan bahawa kes itu akan dirujuk ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields, Kuala Lumpur.

Nasib dua individu yang dituduh membunuh Altantuya, Sirul dan seorang lagi anggota UTK, Cif Inspektor Azilah Hadri akan diketahui pada 9 April ini.

Perbicaraan mereka telah berlangsung selama 159 hari di Mahkamah Tinggi Shah Alam bermula 18 Jun 2007 dan berakhir pada 17 Februari lalu.

Azilah, 33, dan Sirul, 37 diperintah membela diri atas tuduhan membunuh Altantuya antara lot 12843 dan 16735 Mukim Bukit Raja, Selangor kira-kira jam 10 malam, 19 Oktober hingga 1 pagi, 20 Oktober 2006.

Azilah memberi keterangan membela dirinya sendiri di kandang saksi, manakala Sirul pula memilih membacakan keterangan bertulisnya dari kandang tertuduh.

Pada 31 Oktober tahun lalu, Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohd Zaki Md Yasin memerintahkan Razak, 48, seorang penganalisis politik yang sebelum itu dituduh bersubahat dalam kes itu dilepas dan dibebaskan tanpa perlu membela diri selepas pihak pendakwaan gagal membuktikan elemen penting dalam tuduhan bersubahat.

BERITA TERDAHULU

PETALING JAYA: Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Shamsul Iskandar Mohd Akin telah diminta hadir memberi keterangan oleh pihak polis pagi ini berhubung dakwaannya yang menemui bukti baru kes wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

Ketika dihubungi mStar Online sebentar tadi, Shamsul berkata, beliau akan hadir di Balai Polis Mutiara Damansara pada pukul 11 pagi ini berikutan laporan polis yang dibuatnya Sabtu lalu berhubung bukti baru itu.

"Saya akan hadir untuk memberi keterangan susulan laporan yang dibuat saya Sabtu lalu di Balai Polis Dang Wangi.

"Ia mengenai bukti baru mengenai kes Altantuya melalui satu laporan yang ditulis oleh seorang wartawan Perancis dalam akhbar mereka berhubung kes tersebut," katanya.

Nasib dua anggota Unit Tindakan Khas (UTK), Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar, yang menghadapi tuduhan membunuh Altantuya akan diketahui pada 9 April ini.

Mereka telah dibicarakan selama 159 hari bermula 18 Jun 2007 di Mahkamah Tinggi Shah Alam dan berakhir pada 17 Februari lalu.

Azilah, 33, dan Sirul, 37, diperintah membela diri atas tuduhan membunuh Altantuya antara lot 12843 dan 16735 Mukim Bukit Raja, Selangor kira-kira jam 10 malam, 19 Oktober hingga 1 pagi, 20 Oktober 2006.

Azilah memberi keterangan membela dirinya sendiri di kandang saksi, manakala Sirul pula memilih membacakan keterangan bertulisnya dari kandang tertuduh.

Pada 31 Oktober tahun lalu, Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohd Zaki Md Yasin memerintahkan penganalisis politik, Abdul Razak Abdullah Baginda, 48, yang sebelum itu dituduh bersubahat dalam kes itu dilepas dan dibebaskan tanpa perlu membela diri selepas pihak pendakwaan gagal membuktikan elemen penting dalam tuduhan bersubahat.

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan