Suruhanjaya Integriti Agensi Penguat Kuasa ganti IPCMC

Diterbitkan: Rabu, 11 Mac 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

[DIKEMAS KINI] KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Integriti Agensi Penguat Kuasa (EAIC) akan diwujudkan bagi menggantikan penubuhan Suruhanjaya Aduan dan Salahlaku Polis (IPCMC) yang menarik pelbagai polemik sejak empat tahun lalu.

Suruhanjaya baru ini merangkumi 21 agensi awam dengan kuasa yang lebih luas.

Antara agensi agensi yang tertaluk di bawah EAIC ialah Jabatan Imigresen, Kastam Diraja Malaysia, Jabatan Pengangkutan Jalan, Agensi Dadah Kebangsaan, Jabatan Alam Sekitar, Jabatan Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan, Jabatan Pendaftaran Negara, Jabatan Perikanan, Jabatan Hidupan Liar dan Taman Negara, Jabatan Buruh, Jabatan Penguat Kuasa Kementerian Kesihatan, Unit Penguat Kuasa Pelesenan Kementerian Pelancongan, Jabatan Penguat Kuasa Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Lembaga Pelesenan dan Kenderaan Komerial dan Pendaftar Perniagaan.

Peruntukan baru ini tidak merangkumi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.

Peruntukan bagi pembentukan EAIC diwujudkan di bawah Rang Undang-undang Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan yang dibacakan buat kali pertama di Dewan Rakyat hari ini.

Rang undang-undang itu dibentangkan untuk bacaan kali pertama oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar menyebut bahawa EAIC akan menerima aduan salah laku daripada publik terhadap pegawai penguatkuasaan ataupun agensi penguat kuasa.

Suruhanjaya itu juga ditugaskan untuk menjalankan kerja-kerja pengesanan, siasatan dan menghindar salah laku pegawai penguat kuasa.

Empat tahun lalu pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) menggesa kerajaan supaya tidak meneruskan penubuhan IPCMC.

Ada pihak yang sebelum ini menyifatkan penubuhan IPCMC bertentangan dengan Perlembagaan, menggugat keselamatan negara dan ketenteraman awam, boleh mengakibatkan anarki dan menghakis pengaruh politik parti yang memerintah.

Suruhanjaya Diraja Polis yang ditubuhkan oleh pihak kerajaan bagi menambahbaik pasukan polis telah mengemukakan 125 syor. Antara yang amat ketara ialah syor ke-12, iaitu membentuk satu mekanisme penyemakan yang bebas atau dikenali sebagai IPCMC.

iklan

Video

Khamis, 24 Ogos 2017 12:38 PM

Wan Sharmila Kena 'Badi' Cinta

Khamis, 24 Ogos 2017 9:00 AM

Susunan Lagu Dari Sweden Gagal Takluk Persis

Rabu, 23 Ogos 2017 3:00 PM

Shuib Sepahtu 'Kuat' Cari Duit!

Rabu, 23 Ogos 2017 12:00 PM

Ayda Jebat Impi 'Mata' Tercalon Anugerah

Rabu, 23 Ogos 2017 9:00 AM

Keghairahan Shahrol Shiro Makan Diri?

Selasa, 22 Ogos 2017 12:00 PM

Sakan! Shiha Zikir Kini Hidup Mewah

Selasa, 22 Ogos 2017 9:00 AM

Tania Hudson Tak jangka Kembali Aktif

Isnin, 21 Ogos 2017 12:59 PM

Hafiz Tak Mengaku Saya Isteri - Joy Revfa

Isnin, 21 Ogos 2017 9:00 AM

#BiziBody: Syafiq Kyle Pentingkan Penampilan

Kolumnis

iklan

Iklan