Sivakumar tidak boleh wakili diri sendiri

Diterbitkan: Rabu, 11 Mac 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

IPOH: Speaker Dewan Undangan Negeri Perak V.Sivakumar tidak boleh mewakili dirinya sendiri dalam satu permohonan oleh tiga wakil rakyat Bebas bagi mengisytiharkan sebagai tidak sah keputusan beliau melibatkan kedudukan mereka, demikian diputuskan oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini.

Pesuruhjaya Kehakiman Ridwan Ibrahim memutuskan bahawa Sivakumar hanya boleh diwakili oleh Penasihat Undang-undang Kerajaan Negeri.

Beliau membuat keputusan itu dalam kamarnya mengikut Seksyen 24 (3) Akta Prosiding Kerajaan selepas membenarkan bantahan awal pihak plaintif yang mempertikai permohonan Sivakumar untuk mewakili diri sendiri.

Ketiga-tiga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) itu, Jamaluddin Mohd Radzi (Behrang), Kpt (B) Mohd Osman Jailu (Changkat Jering) dan Hee Yit Foong (Jelapang), memohon mahkamah mengisytiharkan kerusi masing-masing tidak kosong dan mereka masih wakil rakyat yang sah setelah Sivakumar memutuskan yang mereka telah mengosongkannya.

Bulan lepas, ketigatiga wakil rakyat itu keluar parti masingmasing, iaitu Jamaluddin dan Mohd Osman daripada Parti Keadilan Rakyat dan Hee daripada DAP, dan ini mendorong Sivakumar mengisytiharkan tiga kerusi itu kosong kerana mendakwa mereka telah menandatangani surat peletakan jawatan selepas menang dalam pilihan raya umum 8 Mac tahun lepas.

Khamis lepas Ridwan memutuskan bahawa Sivakumar hanya boleh diwakili oleh Penasihat Undangundang Kerajaan Negeri dan bukannya peguam swasta dalam permohonan bagi mengisytiharkan sebagai tidak sah dua keputusan beliau melibatkan Menteri Besar Datuk Dr Zambry Abdul Kadir, enam anggota exco dan tiga wakil rakyat Bebas berkenaan.

Di luar mahkamah, peguam utama plaintif, Datuk Mohd Hafarizam Harun, berkata mahkamah belum menetapkan tarikh untuk mendengar permohonan mereka bagi pengisytiharan berkenaan.

Peguam Chan Kok Keong yang mewakili Sivakumar pula berkata pihaknya akan mengemukakan rayuan terhadap keputusan hari ini dan terhadap keputusan mahkamah pada Khamis lepas.

Khamis lepas mahkamah telah menetapkan 23 Mac ini bagi mendengar dan membuat keputusan berhubung permohonan yang difailkan oleh Zambry bersama-sama enam exco kerajaan negeri memohon mahkamah mengisytiharkan keputusan Sivakumar menggantung dan melarang mereka daripada menghadiri persidangan sebagai tidak sah dan terbatal. BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan