Polis masih cari bekas teman lelaki Elizabeth Wong

Diterbitkan: Rabu, 11 Mac 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Bekas teman lelaki Elizabeth Wong yang dikenali sebagai Hilmi Malek, yang diminta tampil memberi keterangan bagi membantu siasatan kes gambar bogel Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Lanjan itu,dipercayai masih berada di luar negara sehingga kini.

Menurut Ketua Siasatan Jenayah Kuala Lumpur SAC II, Datuk Ku Chin Wah, pihaknya masih mencari Hilmi bagi membantu siasatan dalam kes tersebut.

"Masih belum ada apa-apa perkembangan terkini mengenai dia (Hlimi). Kami masih lagi menjalankan siasatan mengenainya," katanya kepada mStar Online hari ini.

Ditanya adakah polis sudah dapat menjejaki lokasi sebenar Hilmi, Ku bagaimanapun enggan mengulas lanjut.

"Biar kami siasat dulu. Saya tidak boleh dedahkan apa-apa kerana ia akan mengganggu siasatan kes ini," katanya.

Beliau juga meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai lelaki berkenaan tampil dan memberi kerjasama dengan pihak polis.

Himli, 34, ahli Parti Keadilan Rakyat dipercayai kini berada di Indonesia sejak tersebarnya gambar separuh bogel Wong 15 Februari lalu.

Bekas teman lelaki Wong itu sepatutnya memberi keterangan kepada polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya sejak 18 Februari lalu, gagal berbuat demikian.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan mengaibkan kehormatan seseorang, yang membawa hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya.

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan