Polis kenalpasti kawasan panas di Bukit Selambau

Diterbitkan: Rabu, 11 Mac 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Sentimen perkauman yang dimainkan pihak tertentu dipercayai menjadi punca beberapa lokasi dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau menjadi 'panas', kata Ketua Polis Kedah, Datuk Syed Ismail Syed Azizan.

Beliau berkata polis mengenalpasti tempat-tempat itu dan sedang memantaunya tetapi berkata 'semuanya dalam keadaan terkawal'.

"Setakat ini dua atau tiga tempat telah menjadi panas, perlu diberi perhatian lebih menjelang pilihan raya kecil 7 April ini," katanya semasa dihubungi, hari ini.

Beliau bagaimanapun enggan menyatakan lokasi tersebut atas faktor keselamatan dan berkata taklimat mengenai situasi DUN Bukit Selambau akan dibuat di ibu pejabat Polis Bukit Aman beberapa hari lagi.

Jumlah anggota polis yang ditugaskan di Bukit Selambau juga akan diketahui selepas taklimat itu, kata Syed Ismail.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan tindakan V. Arumugam dari Parti Keadilan Rakyat (PKR), mengosongkan kerusi dewan negeri kawasan berkenaan pada 8 Februari lepas.

Penamaan calon bagi DUN Bukit Selambau ditetapkan 29 Mac ini.

Sekiranya ada pertandingan, pembuangan undi akan diadakan pada 7 April, serentak dengan pengundian bagi kawasan Parlimen Bukit Gantang, Perak, dan kawasan DUN Batang Ai di Sarawak. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan