Pakatan sambut seruan Najib tapi jangan tikam, kata Anwar

Diterbitkan: Rabu, 11 Mac 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Pakatan Rakyat sedia bekerjasama dengan kerajaan dalam usaha memulihkan ekonomi negara namun kerajaan sebenarnya perlu terlebih dahulu memulihkan kebuntuan psikologi dan keyakinan rakyat.

Sambil menyifatkan pelawaan Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak semalam supaya kerajaaan dan pembangkang sepakat dalam menangani masalah ekonomi umpama 'menghulurkan ranting zaitun', pelawaan itu tidak ada gunanya jika pada masa yang sama, rakyat 'ditikam' dengan pelbagai tindakan zalim dan ditindas.

"Sekonyong-konyong dalam ucapan semalam, (kerajaan) memberikan ranting zaitun ingin bekerjasama dengan Pakatan Rakyat memulihkan ekonomi negara.

"Kita tak pernah berhujah menolak apa sahaja usaha (memulihkan ekonomi) tetapi jangan anggap orang mudah lupa, kita sediakan ranting zaitun, kita sediakan keris kemudian tikam dalam masa yang sama.

"Kita berikan ranting, kita tikam rakyat...buang mereka dalam ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri), lempar fitnah yang keji terhadap mereka, rampas kuasa mereka seperti yang berlaku di Perak kemudian berikan ranting zaitun.

"Orang yang berikan ranting zaitun ini perlu dibaling dengan durian, melainkan ranting itu diberikan secara konsisten," katanya dalam ucapan perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2009) 2009 di Dewan Rakyat di sini, hari ini.

Semalam, Najib semasa membentangkan pakej rangsangan kedua yang dikenali Bajet Mini sebanyak RM60 bilion di Dewan Rakyat mengajak semua pihak termasuk pembangkang supaya sepakat dengan kerajaan untuk bersama-sama memikirkan serta mencadangkan formula terbaik dalam membantu rakyat ketika dilanda krisis ekonomi global.

Anwar berkata, sejak belanjawan lalu dibentangkan lagi, kerajaan Barisan Nasional (BN) dikatakan mahu memberi ruang kepada ahli Parlimen pembangkang untuk mengemukakan pandangan tetapi semuanya diketepikan begitu sahaja.

"Semua inisiatif yang dikemukakan tidak mengambil kira pandangan yang dikemukakan pembangkang, tidak seperti yang dilakukan banyak negara demokrasi yang lain," katanya.

Katanya, BN perlu memulihkan kebuntuan psikologi rakyat dan memulihkan keyakinan dari sudut tanggungjawab, pengurusan dan mengayakan segelintir rakan-rakan serta membebankan rakyat.

"Pengumuman semalam tidak memulihkan keyakinan rakyat terhadap penguasa apatah lagi terhadap Menteri Kewangan yang dicemar dengan pelbagai skandal dan sejak mengambil alih menjadi Menteri Kewangan telah berpolitik dengan cara cukup rakus dan kasar serta terlibat dalam 'penculikan' wakil rakyat.

"Kita tidak boleh sentiasa leka, mengasah bakat bermain silap mata seperti menghilangkan orang-orang tertentu dan kemudian muncul bersama beliau," katanya.

Anwar berkata, Menteri Kewangan seharusnya hadir di Dewan untuk mendengar hujah-hujah yang dikemukakan pembangkang.

"Ramai ahli Yang Berhormat tahu bahawa dalam sejarah belanjawan dan rangsangan, paling tidak dua tiga menteri termasuk Menteri Kewangan akan dengar hujah-hujah awal tetapi di sini tidak ada lagi.

"Kemudian ada omokan yang kita perlu bekerjasama, rakyat mahu kerajaan dan pembangkang sepakat. Sepakat apa? Berbicara dengan orang tuli yang tidak mendengar," katanya.

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan