Ibrahim Ali cadang kekebalan MP ditarik balik

Diterbitkan: Rabu, 11 Mac 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Bebas, Datuk Ibrahim Ali hari ini mencadangkan Dewan Rakyat menarik kembali kekebalan ahli-ahli Parlimen supaya mereka lebih bertanggungjawab dalam mengeluarkan sebarang kenyataan.

Ibrahim berkata, walaupun terdapat Akta Hasutan 1948 yang menghalang ahli-ahli Parlimen daripada mengeluarkan kenyataan yang boleh menggugat kestabilan kaum namun akta itu sahaja tidak mencukupi kerana tindakan kepada mereka yang bersalah di bawah akta itu mengambil masa yang lama.

"Saya cadangkan supaya tidak ada lagi imuniti (kepada ahli Parlimen) kerana kekebalan tidak perlu ada. Sultan-Sultan, Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu pun tidak ada kekebalan.

"Kita di sini boleh bercakap apa sahaja. Kita boleh bercakap sebab kita ada di sini tapi orang yang namanya disebut atau pun didakwa begitu begini tidak ada di sini dan mereka tidak boleh mempertahankan diri mereka.

"Jadi saya rasa sudah sampai masanya kekebalan kepada kami ahli-ahli Parlimen ditarik kembali supaya (kita) boleh bercakap dengan lebih bertanggungjawab," katanya semasa membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2009) 2009 di Dewan Rakyat.

Selain itu, ahli Parlimen Pasir Mas itu turut mencadangkan semua warganegara Malaysia yang berumur 12 tahun diwajibkan mengangkat sumpah ketaatan kepada Raja dan Rukun Negara bagi melahirkan rakyat yang taat dan cintakan negara.

"Ini penting sebab sekarang ini, macam-macam perkara dah berlaku dan golongan generasi muda pun kurang pengetahuan sejarah.

"Kalau kita tidak menyedarkan mereka, ia boleh menjerumuskan negara ke arah kehancuran," katanya.

Berhubung Bajet Mini yang dibentangkan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak semalam, Ibrahim berkata, beliau percaya bajet itu dibuat dengan begitu teliti dan berhemah.

Selain itu, beliau turut meminta supaya kerajaan Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat sama-sama bermuhasabah diri dan menghentikan tuduhan melulu antara satu sama lain.

"Tuduh menuduh satu hal tapi orang kata, tahu sama tahu. Saya anjurkan supaya pihak kerajaan dan pihak ketua pembangkang bermuhasabah diri.

"Bila semua bermuhasabah diri, barulah akan ada titik pertemuan dan kita kena ikhlas," katanya.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan