Dialog perpaduan: Umno-PAS-PKR berbeza pendapat

Diterbitkan: Rabu, 11 Mac 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Cadangan supaya pemimpin-pemimpin Umno, PAS dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) duduk semeja dan berdialog bagi menyelesaikan isu yang membabitkan kaum Melayu mengundang pelbagai reaksi dan pandangan berbeza pemimpin parti-parti berkenaan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, cadangan untuk mengadakan dialog secara terbuka mengenai isu perpaduan Melayu tidak perlu diadakan kerana perkara itu hanya akan mengundang lebih banyak masalah.

"Kita tak perlu nak berdialog kerana lagi banyak dialog, lagi banyak masalah yang akan timbul.

"Objektif nak selesaikan masalah tidak akan berjaya kerana kemungkinan ia akan di ekploitasi oleh pihak-pihak tertentu," katanya kepada mStar Online.

Bagaimanapun jelas Zahid, beliau tidak menolak untuk diadakan perbincangan secara tidak formal dengan pemimpin parti-parti politik untuk menyelasaikan isu perpaduan.

"Adalah tidak mustahil untuk kita berbincang secara tidak formal dengan pemimpin parti lain.

"Saya juga biasa lakukannya apabila berjumpa dan berbincang dengan mereka di Parlimen, dan hasilnya kita tahu bahawa mereka juga mempunyai matlamat yang sama iaitu untuk kesejahteraan dan perpaduan," katanya.

Tambah Zahid, walau apa jua medium yang diguna pakai bagi menyelesaikan isu perpaduan kaum, jika semua pihak mempunyai matlamat yang sama iaitu untuk kesejahteraan rakyat, tidak musatahil hasrat itu akan tercapai.

Sempena sambutan Maulidur Rasul tahun ini, tema Wahdah Pemangkin Khaira Ummah menjadi aspek penting yang dititikberatkan bersesuaian dengan hasrat untuk melihat perpaduan di kalangan rakyat Malaysia, kata beliau.

"Wahdah itu bermaksud kesatuan, jadi saya fikir melalui agama kita sudah pasti dapat menyebarkan mesej-mesej perpaduan supaya kita hidup dalam keadaan aman damai.

"Harus diingat perpaduan yang diunjurkan dalam Islam bukan hanya tertumpu kepada umat Islam semata-mata, tetapi juga untuk kesejahteraan seluruh bangsa walaupun berbeza fahaman agama," katanya.

Sabtu lalu Kesatuan Pelajar-Pelajar Melayu Selangor (KPPMS) mengemukakan syor agar satu perbincangan di kalangan pemimpin tertinggi parti-parti politik Melayu termasuk mewakili pembangkang diadakan terutamanya susulan titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang mahu orang Melayu bersatu.

Sementara itu Setiuasaha Agung PAS, Datuk Kamaruddin Jaafar berkata, PAS sememangnya menyambut baik cadangan supaya diadakan majlis-majlis dialog bagi membincangkan isu-isu perpaduan di kalangan rakyat.

"Majlis dialog untuk perpaduan itu baik, tapi bagi saya adalah lebih baik jika ia diadakan tanpa memfokuskan kepada perpaduan kaum-kaum tetentu sahaja.

"Eloklah dilibatkan semua kaum dan semua parti politik kerana isu perpaduan bukan timbul di kalangan orang Melayu sahaja," katanya.

Tambah beliau, untuk mencapai perpaduan dalam sesebuah negara, semua pihak harus bekerjasama dan bersatu-padu agar rakyat dapat hidup dalam suasana yang aman dan sejahtera.

"Seluruh rakyat tak kira bangsa atau agama apa sekalipun, kita kena libatkan demi mencapai persepakatan untuk tujuan perpaduan," katanya.

Timbalan Presiden PKR, Dr. Syed Husin Ali pula berpendapat untuk memastikan agenda perpaduan terlaksana, perbincangan yang melibatkan satu kaum sudah tidak relevan untuk dilaksanakan.

"Kalau betul-betul kesatuan itu mahukan perpaduan wujud dalam negara kita, sepatutnya mereka mencadangkan agar diadakan satu perbincangan yang menyeluruh melibatkan semua kaum.

"Rakyat kita berbilang bangsa, jadi mereka juga harus terlibat sama bagi menentukan agenda perpaduan," katanya.

Tambah beliau, jika kerajaan benar-benar prihatin untuk meningkatkan perpaduan antara kaum di negara ini, sebarang usaha yang ingin dilakukan tidak harus memihak kepada satu kaum sahaja.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan