Isu PPSMI: PAS kesal didakwa didalangi pembangkang

Diterbitkan: Selasa, 10 Mac 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: PAS melahirkan kekesalan dengan kenyataan Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein kelmarin yang mendakwa Perhimpunan 100,000 Rakyat membantah dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) di ibu negara Sabtu lalu didalangi parti politik pembangkang.

"Saya ingin menyatakan kekesalan kami terhadap kenyataan Menteri Pelajaran yang menyebut bahawa parti pembangkang mendalangi perhimpunan menuju ke Istana Negara Sabtu lalu," kata Nasharuddin Mat Isa (PAS-Bachok) ketika sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.

Kenyataan Nasharuddin itu, yang juga Timbalan Presiden PAS, mengundang reaksi spontan dari beberapa ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) dengan berkata "memang betul pun jadi dalang.

Kelmarin, Hishammuddin berkata, perhimpunan membantah pelaksanaan PPSMI jelas didalangi pembangkang berdasarkan penyertaan beberapa pemimpin mereka pada demontrasi jalanan semalam.

Beliau berkata, berdasarkan apa yang berlaku jelas memperlihatkan bahawa pertimbangan mereka bukanlah bersandarkan perjuangan pendidikan kerana sanggup melanggar undangundang, mengaitkan institusi istana dan mencemarkan imej masjid.

"Saya lihat ada hikmah di sebalik apa yang berlaku semalam. Sekurangkurangnya orang ramai dapat melihat sendiri apa yang saya sudah tahu lama, iaitu di belakang gerakan ini ada dalangdalang yang sanggup mengeksploitasi apa juga isu, memperalatkan sesiapa sahaja demi agenda politik sempit mereka.

"Saya tidak bermaksud semua yang terlibat (pertimbangan bukan berdasarkan kepentingan pendidikan) tetapi adakalanya mereka ini diperalatkan untuk kepentingan tertentu," kata Hishammudin.

Dalam pada itu, Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Wee Ka Siong menegaskan, pandangan setiap anggota Kabinet berhubung status dasar PPSMI akan diambil kira sebelum sebarang keputusan diambil.

Beliau berkata, setelah draf akhir berhubung kajian dasar PPSMI itu dibentangkan di Kabinet, satu keputusan kolektif akan dicapai.

"Apabila ia dibawa ke Kabinet, satu keputusan kolektif akan dibuat berdasarkan pendapat-pendapat yang dikemukakan walaupun ia mungkin berlainan, tapi akhirnya saya pecaya satu keputusan akan dicapai," kata beliau.

Beliau menjawab soalan tambahan Nasharuddin sama ada kerajaan akan mengambil kira kenyataan Menteri Luar, Datuk Seri Dr. Rais Yatim supaya mencontohi sekolah aliran Cina yang menggunakan bahasa ibunda bagi mengajar Sains dan Matematik di sekolah rendah sebelum bahasa Inggeris dijadikan bahasa pengantar bagi dua subjek itu di sekolah menengah.

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan