Nizar tiada hak mohon bubar DUN - Zambry

Diterbitkan: Isnin, 9 Mac 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin tiada hak untuk memohon perkenan Sultan Perak Sultan Azlan Shah bagi membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, kata Menteri Besar Perak Datuk Dr Zambry Abdul Kadir.

Menurut Zambry, Perkara 16(6) Undang-undang Tubuh Negeri Perak memperuntukkan bahawa hanya Menteri Besar yang mempunyai hak menghadap Sultan Perak untuk memohon perkenan baginda bagi membubarkan DUN.

Zambry berkata demikian dalam kenyataan satu muka surat yang difaks kepada Bernama di sini malam ini sebagai mengulas kenyataan Mohammad Nizar, bekas Menteri Besar, hari ini bahawa beliau akan memohon perkenan untuk menghadap Sultan Azlan Shah bagi menyembahkan tiga usul, termasuk memohon pembubaran DUN, yang diluluskan pada persidangan Dewan Undangan Negeri di bawah pokok di Ipoh Selasa lepas.

Mohammad Nizar yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pasir Panjang dilaporkan berkata pihaknya akan mengemukakan surat dan dokumen berkaitan hasil persidangan berkenaan kepada Sultan Perak Selasa ini.

"Kenyataan yang dibuat oleh Mohammad Nizar adalah sematamata untuk mengelirukan rakyat dan sebagai usaha mengganggu kestabilan politik negeri Perak serta sebagai tindakan menghina dan mencabar institusi raja dan kuasa Sultan Perak," kata Zambry.

Zambry juga mengingatkan bahawa pada 6 Februari lepas, beliau telah mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Perak ke11 yang sah, dilantik dengan perkenan Sultan Perak.

"Mohammad Nizar perlu menerima hakikat yang nyata akan kuasa melantik seorang Menteri Besar adalah di bawah kuasa mutlak Sultan Perak seperti yang termaktub dalam perkara 18(2)(a) Undang-undang Tubuh Negeri Perak," katanya. BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan