Pakatan Perak tanam pokok peringati 'DUN Bawah Pokok"

Diterbitkan: Ahad, 8 Mac 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KENANGAN?... Ahli Dewan Undangan Negeri Pakatan Rakyat Perak dan beberapa pemimpinnya menanam lima pokok tambahan sempena memperingati sidang tergempar DUN yang diadakan di bawah pokok di kawasan Medan Istana berhampiran bangunan SUK Negeri pagi ini. - foto The Star oleh SAIFUL BAHRI
KENANGAN?... Ahli Dewan Undangan Negeri Pakatan Rakyat Perak dan beberapa pemimpinnya menanam lima pokok tambahan sempena memperingati sidang tergempar DUN yang diadakan di bawah pokok di kawasan Medan Istana berhampiran bangunan SUK Negeri pagi ini. - foto The Star oleh SAIFUL BAHRI

PETALING JAYA: Pakatan Rakyat Perak pagi ini menanam lima batang pokok berhampiran sebatang pokok yang dijadikan tapak 'sidang tergempar' oleh 28 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selasa lalu.

Ia juga jatuh secara kebetulan genap setahun pascapilihan raya umum ke-12 hari ini.

Pokok itu dinamakan "Pokok Demokrasi".

Turut didirikan ialah tugu bagi menandakan detik tersebut.

Antara lain pada tugu itu tertera "Pokok ini telah menyaksikan sejarah pembangunan sistem demokrasi berparlimen dalam negeri Perak Darul Ridzuan dan merupakan satu simbolik perjuangan demokrasi bagi membentuk sebuah kerajaan dari rakyat untuk rakyat dan demi rakyat.

"Maka demi mengenang sejarah dan sebagai satu simbol perjuangan untuk negeri Perak yang tercinta, pokok ini dinamakan Pokok Demokrasi dan tugu ini didirikan untuk selama-lamanya."

Hadir pada itu ialah bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.

Kelmarin, ADUN Pantai Remis, Nga Kor Ming daripada DAP berkata, lima pokok itu akan dinamakan sempena lima prinsip yang menjadi motto pakatan DAP, PAS dan PKR semasa ia mentadbir Perak sebelum bertukar kepada Barisan Nasional bulan lepas akibat tindakan tiga anggota pembangkang keluar parti masing-masing untuk menyokong BN.

Lima prinsip itu ialah keadilan, amanah, ketelusan, wibawa dan kebajikan.

Beliau menjangka tapak sidang DUN di bawah pokok itu bakal menjadi satu lokasi tarikan pelancong.

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan