Nizar: 3 usul DUN bawah pokok diserah Sultan Perak Selasa

Diterbitkan: Ahad, 8 Mac 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

IPOH: Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin akan memohon perkenan untuk menghadap Sultan Perak Sultan Azlan Shah bagi menyembahkan tiga usul, termasuk memohon pembubaran Dewan, yang diluluskan pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di bawah pokok di sini Selasa lalu.

Beliau berkata, pihaknya akan mengemukakan surat dan dokumen berkaitan hasil persidangan berkenaan kepada Sultan Perak Selasa ini.

"Sebelum ini kita sibuk dengan kes mahkamah, esok cuti jadi Selasa ini kita akan hantar surat (kepada Sultan Perak)... akan menghadap Tuanku sebaik dapat lampu hijau," kata bekas menteri besar Perak kepada pemberita selepas merasmikan tugu berbentuk plak di bawah pokok hujan di Medan Istana di sini yang menjadi kawasan berlangsungnya persidangan berkenaan.

Speaker V. Sivakumar memanggil persidangan yang dihadiri 27 wakil rakyat pakatan DAP, PAS dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) di bawah pokok yang terletak kira-kira 100 meter dari Bangunan Perak Darul Ridzuan selepas polis tidak membenarkan beliau bersama Adun terbabit memasuki Dewan.

Tiga usul yang diluluskan itu persidangan tergempar itu ialah menyatakan sokongan kepada Mohammad Nizar sebagai Menteri Besar, membubarkan Dewan bagi membolehkan pilihan raya negeri diadakan dan mengesahkan keputusan Sivakumar melarang ADUN Pangkor, Dr. Zambry Abdul Kadir dan enam anggota Exco Kerajaan Barisan Nasional daripada menghadiri persidangan dewan.

Nizar sebelum itu turut menanam lima anak pokok spesies yang sama di sebuah kawasan lapang berhampiran dan majlis itu turut disertai para pemimpin dan wakil rakyat DAP, PAS dan PKR.

"Pokok-pokok ini simbolik melambangkan prinsip kerajaan negeri Pakatan Rakyat iaitu keadilan, amanah, ketelusan, wibawa dan kebajikan... ini juga usaha mesra alam sejajar dengan dasar menghijaukan, kita berharap Majlis Bandaraya Ipoh tidak akan mencabut pokokpokok ini," katanya.

Nizar berkata, kawasan berlangsungnya persidangan bawah pokok itu bakal menjadi satu daya tarikan pelancong kerana telah menjadi lokasi bersejarah.

Sementara itu, Penasihat DAP, Lim Kit Siang berkata krisis perlembagaan yang dihadapi Perak sekarang tidak harus dibiarkan berlarutan kerana negara bakal menghadapi satu lagi krisis lebih besar iaitu masalah ekonomi akibat kelembapan ekonomi global.

"Penyelesaian isu ini adalah dengan memberi rakyat untuk memilih kerajaan yang baru dalam pilihan raya negeri... sekarang adalah masa untuk Barisan Nasional dan parti pakatan DAP, PAS dan PKR memberi keutamaan kepada rakyat kerana krisis yang berpanjangan akan menjejaskan negeri dan rakyat dalam menghadapi keadaan ekonomi yang lembab," katanya.

Lim, yang juga Ahli Parlimen Ipoh Timur, berkata sekarang adalah masa bagi para pemimpin semua parti memberi keutamaan kepada kepentingan negara dengan bekerjasama bagi menghadapi krisis ekonomi global demi kebaikan rakyat seluruhnya. BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan