Ida Rahayu: Puteri perlu kuat, dekat dengan rakyat

Diterbitkan: Ahad, 8 Mac 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

IDA RAHAYU MD. NOOR... Calon jawatan Ketua Puteri Umno.
IDA RAHAYU MD. NOOR... Calon jawatan Ketua Puteri Umno.

IDA RAHAYU MD. NOOR merupakan antara enam calon yang turun gelanggang saingan Ketua Puteri Umno kali ini. Bagaimanapun beliau tiada jawatan besar di peringkat pusat buat masa sekarang. Pun begitu, bersandarkan kekuatan diri, semangat dan pengalaman sebagai usahawan muda yang berjaya sepanjang satu dekad yang lalu, Ida Rahayu yakin akan memperoleh mandat untuk mengetuai sayap muda Umno itu.

"Calon lain kebanyakan mereka sudah berada di atas dan mempunyai platform masing-masing. Tapi saya perlu yakinkan kemampuan saya untuk menjadi pemimpin," kata beliau dalam temu bual bersama mStar Online di ibu negara baru-baru ini.

Manifestonya mudah: mahu menggerakkan sejuta ahli Puteri menjelang tahun 2013 di samping mahu menggerakkan keupayaan ekonomi anggota Puteri. Ini pelannya. Ini teras persaingan beliau menjelang tarikh pemilihan 25 Mac ini.

Lima calon lain yang merebut jawatan Ketua Puteri Umno terdiri daripada Ketua Penerangannya, Datuk Shahaniza Shamsuddin; Naib Ketuanya, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin; Exco Puteri, Datin Ismalina Ismail; Setiausaha Puteri, Bibi Sharliza Mohd Khalid dan bekas Ketua Puteri Cawangan OUG di Seputeh, Saarah Ali Bashah.

Ikuti temu bual bersama Ida Rahayu:

MSTAR Dari segi pembabitan politik, bagaimana Ida Rahayu terlibat dalam politik?

IDA RAHAYU Saya datang daripada keluarga yang mempunyai latar belakang politik. Politik ini sudah sebati dalam diri saya sejak kecil lagi. Bapa saya merupakan seorang Ketua Umno Bahagian Labis, Segamat dan juga pernah menjadi Ketua Umno Bahagian Muar. Sebelum Umno diharamkan pada 1987, beliau adalah Ketua Umno Bahagian Labis dan selepas itu dibentuk Umno baru, beliau menjadi Ketua Umno Bahagian Muar pula. Dia juga pernah menjadi ahli Majlis Tertinggi (MT) sewaktu zaman Tun Dr. Mahathir. Beliau ialah Datuk Md Noor Mohamad Dom... juga pernah menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Serum, Muar. Jadi politik bukanlah sesuatu yang janggal bagi saya.

Saya sudah biasa berhadapan dengan orang ramai sewaktu, tolong bapa sewaktu beliau jadi wakil rakyat, melayan tetamu yang datang malam-malam. Kemudian beliau bersara sepenuhnya dalam bidang politik pada tahun 1999.

MSTAR Nampaknya anda meneruskan kesinambungan politik dengan menyertai Puteri?

IDA RAHAYU Tidak... masa itu saya belum lagi menjadi ahli Umno. Malah Puteri ditubuhkan pada 2000 bermula dengan penaja... kemudian saya mendaftar sebagai ahli Puteri pada 2001 di Bahagian Petaling Jaya Utara. Di Petaling Jaya Utara, saya pernah menjadi Ketua Puteri Umno cawangan selama satu penggal dari 2002-2004. Kemudian tahun 2004-2008 saya menjadi Pengerusi Tetap Puteri umno Bahagian Petaling Jaya Utara dan juga Ahli Jawatankuasa (AJK) Umno Bahagian Petaling Jaya Utara dan saya ialah Timbalan Pengerusi Biro Ekonomi.

MSTAR Mengapa sertai Puteri?

IDA RAHAYU Saya bersedia sertai politik selepas lapan tahun menceburi bidang perniagaan. Ketika itu saya berumur 30 tahun. Saya kira pada usia itu sangat relevan untuk sertai Puteri apabila ia ditubuhkan kerana sesuai dengan jiwa.

MSTAR Bagaimana dengan peluang untuk menang?

IDA RAHAYU Selepas saya menerima dua pencalonan sekitar bulan Oktober... saya menerima pencalonan kedua pada 1 November daripada Puteri Umno Bahagian Kulim, Kedah. Selepas itu baru saya mula berjumpa dengan ahli-ahli Puteri di peringkat akar umbi. Jadi selepas empat bulan, saya fikir keseluruhannya saya sudah jumpa lebih daripada 70 peratus ahli peringkat akar umbi seluruh negara. Pada mulanya saya fikirkan selama ini saya bercakap seorang diri. Tetapi selepas saya berbual dengan mereka dan bentangkan manifesto... melalui maklum balas yang diterima, mereka juga mempunyai pemikiran yang sama dengan saya iaitu kami ada isu yang sama untuk diatasi.

MSTAR Apa manifesto anda?

IDA RAHAYU Manifesto saya sangat mudah iaitu 'Sejuta Puteri Menjelang 2013'... fokus saya ialah untuk menaikkan jumlah keahlian secara drastik. Ini kerana bagi saya selepas pilihan raya umum yang lalu, saya dapati Umno belum cukup dekat lagi dengan wanita muda.

Puteri Umno perlu dilihat kuat dan mantap dengan angka. Kalau kita tidak kuat dengan angka, orang akan persoalkan sama ada betul atau tidak Puteri Umno mewakili wanita muda. Keduanya jika Puteri ramai, suara Umno akan mudah didengari keseluruh negara. Sebab itu saya nak tingkatkan keahlian.

MSTAR Jadi teras manifesto cuma sekadar untuk tingkatkan keahlian?

IDA RAHAYU Ada lagi teras lain iaitu bagaimana untuk capai sasaran keahlian sejuta. Bagi saya untuk capai sasaran itu, saya ada tagline sendiri iaitu "Dekat Di Mata, Dekat Di Hati". Kalau kita tidak dekat dengan orang ramai, bagaimana orang akan ingat dan sertai Puteri Umno.

Jadi saya ada tiga fokus utama. Pertamanya, saya mahu mengukuhkan pendapatan dan ekonomi wanita muda dengan membangunkan koperasi Puteri supaya ia dapat membantu wanita muda mendapatkan pinjaman perniagaan. Selain itu ahli Puteri juga boleh untuk dapatkan pinjaman peribadi... jadi melalui koperasi ini ia dapat menyediakan satu platform kepada wanita muda untuk mendapatkan bantuan.

Justeru, apabila golongan wanita muda datang untuk mendapatkan bantuan daripada Puteri cawangan atau bahagian, mereka ini boleh dibawa untuk mendapatkan bantuan kewangan daripada koperasi dengan menjadi ahli Puteri. Jadi melalui jumlah keahlian kita juga boleh ditingkatkan.

Selain itu koperasi itu sendiri akan berniaga dan semua ahli akan menerima dividen. Sehingga kini koperasi bukan sesuatu popular di kalangan wanita muda.

Fokus kedua ialah untuk menubuhkan yayasan kepimpinan Puteri. Apabila kita mempunyai sasaran keahlian seramai sejuta ahli, kita perlukan ahli yang berkualiti. Jadi Puteri perlu sentiasa ada pemimpin pelapis yang berkualiti. Jadi kita perlu latih mereka untuk menjadi pemimpin yang baik memandangkan Puteri adalah pergerakan dalam pertubuhan politik. Yayasan ini akan melatih pemimpin Puteri di semua peringkat untuk menguruskan dan membantu rakyat. Sebagai pemimpin peringkat pusat, bahagian mahupun cawangan semuanya perlu terlatih dan tahu untuk menyatupadukan ahli dan masyarakat.

Melaluinya juga saya ingin menukar budaya politik dalam Puteri iaitu apabila adanya pertandingan ia akan menjadi sesuatu yang peribadi. Sepatutnya individu yang kalah dalam sesuatu pertandingan akan turut diajak untuk menyertai kumpulan yang berjaya kerana semua pihak mempunyai kualiti yang tersendiri, maka sebab itulah mereka juga menawarkan diri untuk bertanding. Puteri seharusnya sentiasa bersatu kerana Pergerakan Puteri Umno bukan bersifat peribadi.

MSTAR Sebagai calon adakah anda mempunyai kumpulan dalam saingan kali ini?

IDA RAHAYU Daripada kesemua calon yang bertanding, saya kategorikan diri saya sebagai calon bebas. Saya datang daripada peringkat akar umbi, sata tidak ada barisan exco bayangan. Bagi saya siapa juga yang menang setelah dipilih oleh ahli akar umbi, saya perlu bekerja dengan mereka. Sebab itulah saya mahu tubuhkan yayasan kepimpinan.

MSTAR Seorang daripada calon yang bertanding mempunyai jawatan sebagai Naib Ketua Puteri Pusat, tetapi anda datang sebagai orang baru dan terus bertanding peringkat Pusat... adakah ini dilihat sebagai satu cabaran dan saingan sengit?

IDA RAHAYU Memang betul... bagi saya ia memang satu cabaran kerana daripada semua yang bertanding, hanya dua orang sahaja tidak mempunyai jawatan di peringkat pusat iaitu saya sendiri dan Sarah Ali Bashah.

Cabaran dapat dirasakan apabila saya turun berjumpa dengan ahli Puteri peringkat akar umbi iaitu untuk memperkenalkan diri. Jadi kita sememangnya tidak ada pilihan melainkan turun dan berjumpa dengan mereka.

Sebab kalau saya tidak buat, orang tidak akan kenal. Orang tak tahu kita punya kualiti. Sebab itu hingga sekarang saya sudah jumpa kira-kira 600 orang perwakilan daripada lebih 700 orng perwakilan, kalau tidak salah ada 794 perwakilan yang akan mengundi pada perhimpunan tahunan nanti.

MSTAR Apa kekuatan yang ada pada anda untuk bertanding jawatan Ketua Puteri?

IDA RAHAYU Pertama sekali ialah pelan dan perancangan yang saya ada untuk Puteri. Ini kerana jika kita mahu menjadi pemimpin, kita kena tahu apa yang akan dilakukan apabila menang. Bukannya setelah menang baru fikir apa yang ingin dilakukan. Itulah kekuatan saya kerana saya sudah ada pelan itu. Pelan-pelan itu memang isu yang ada pada Puteri sekarang iaitu mereka sememangnya perlukan pendapatan yang kukuh untuk bangunkan masyarakat dan juga ahli Puteri sendiri.

Keduanya, memandangkan saya sudah pun mempunyai pengalaman menguruskan perniagaan sejak 14 tahun lalu, merasai kesusahan untuk bina perniagaan serta turut pernah mengalami zaman kegawatan ekonomi. Jadi saya fikir saya berjaya menghadapi cabaran itu dan saya turut berkeyakinan untuk mengetuai Puteri. Bagi saya mengetuai sesuatu perniagaan dan menjadi seorang Ketua Puteri, proses dan cabarannya adalah sama. Saya sudah ada pengalaman menguruskan masa-masa susah dan senang.

MSTAR Bagaimana tercetusnya idea untuk bertanding jawatan Ketua Puteri?

IDA RAHAYU Faktor utamanya ialah keputusan pilihan umum yang lalu... kita tak pernah kalah sebanyak itu. Apa yang saya lihat, dari bulan Mac hingga Oktober sebelum saya umumkan untuk bertanding, saya nampak Umno tak lakukan banyak perubahan. Bila kita jatuh, kita tak bangun secepat mungkin.

Sebagai ahli dan pimpinan peringkat akar umbi, saya menunggu jika ada sebarang perubahan yang dilakukan, namun saya tak nampak apa-apa perancangan untuk dilakukan. Jadi saya rasakan inilah masa yang terbaik untuk saya tawarkan diri untuk membantu Umno. Bagi saya Umno kini tidak berada dalam keadaan yang baik dan saya ingin membantu memperkukuhkan Umno. Ini adalah masa untuk saya memberikan sesuatu kepada Umno. Kalau kita tak kalah teruk, mungkin saya juga tidak rasakan adanya keperluan untuk kita lakukan sesuatu.

MSTAR Kalau menang nanti, ke mana Ida akan membawa Puteri?

IDA RAHAYU Kita akan bawa Puteri ini kepada rakyat. Puteri mesti terus dekat dengan rakyat. Bagi saya hingga kini sebenarnya kita Puteri masih belum dekat dengan rakyat kerana kita boleh ukur dengan keahlian Puteri yang masih tidak begitu ramai. Kita ini sudah agak jauh dengan rakyat.

Pada peringkat penubuhan dulu kita cukup dekat dengan rakyat tapi sekarang ia agak berkurangan. Kita berjaya tubuhkan Puteri dan dilihat sebagai wakil kepada golongan wanita muda. Tapi selepas berjaya menubuhkannya, kita kurang berjaya menguruskannya dengan baik. Kita tak sepatutnya wujudkan jurang dengan rakyat.

MSTAR Adakah Puteri masih relevan?

IDA RAHAYU Ya... Puteri masih relevan. Untuk masa akan pengundi muda akan mencapai jumlah kira-kira empat juta. Jika tidak siapa yang nak suarakan apa yang diinginkan oleh golongan wanita muda mahukan.

MSTAR Di peringkat Ida, berapa ramai yang menganggotai jentera kempen?

IDA RAHAYU Saya hanya ada lapan orang. Pengarah kempan saya merupakan bekas Ketua Puteri bahagian yang kini sudah melepasi had umur dalam Puteri. Saya mahukan seorang pengarah kempen yang berpengalaman serta tidak berat sebelah kerana beliau sudah tidak lagi berada dalam Puteri. Ia juga boleh dilakukan secara sepenuh masa.

MSTAR Bagaimana dengan kempen strategi?

IDA RAHAYU Strategi saya sangat mudah iaitu berusaha untuk mendekatkan diri dengan perwakilan seramai yang boleh sebab saya perlu memastikan saya dikenali kerana mereka tidak mengenali saya sebelum ini.

Saya hanya pergi dan bersua muka dengan mereka secara berdepan. Saya tidak pergi dalam kumpulan yang ramai. Hanya saya serta pengarah kempen dan pengurus kempen yang akan turun menemui perwakilan. Saya juga mengadakan perbincangan dalam kumpulan-kumpulan kecil. Biasanya saya akan buat perbentangan manifesto menggunakan projektor. Selepas itu kita akan dialog.

Jadi mereka berpeluang untuk mengetahui dengan lebih dekat tentang diri saya. Saya adakan perjumpaan satu bahagian demi satu bahagian.

Bagi saya, ia sangat efektif kerana jika kita lebih dekat dengan mereka, mereka lebih senang dan bebas untuk menyuarakan apa sahaja.

MSTAR Sejauh mana anda yakin akan menang kali ini?

IDA RAHAYU Jika perwakilan kekal dengan momentum iaitu mahukan perubahan dalam Puteri, saya percaya peluang saya sangat tinggi setakat ini.

MSTAR Adakah anda merasakan gelanggang pertandingan ini adil?

IDA RAHAYU Bagi saya gelanggangnya adil sebab sehingga sekarang saya sudah berpeluang menemui lebih 600 perwakilan. Tidak ada sesiapa yang menghalang saya daripada berjumpa dengan perwakilan. Saya bertuah kerana mereka menerima saya untuk berjumpa dengan mereka.

MSTAR Apa yang sebenarnya diinginkan oleh Puteri sekarang?

IDA RAHAYU Perkara utama ialah mereka perlukan keadaan ekonomi yang kukuh. Apabila mereka kukuh dari segi ekonomi, mereka mudah untuk membantu rakyat. Buat masa ini Puteri memang ikhlas untuk membantu tapi mereka menghadapi masalah ekonomi. Saya yakin jika mereka diberikan sokongan yang sewajarnya, kerja-kerja membantu rakyat akan dapat dilaksanakan dengan mudah dan lancar.

Selain itu bagi saya ahli-alhi Puteri mempunyai potensi, namun mereka tidak menerima latihan yang sewajarnya untuk menjadi pemimpin yang baik.

MSTAR Ida, apa cita-cita politik anda?

IDA RAHAYU Sebenarnya saya tidak ada cita-cita dalam politik. Tapi saya rasakan sekarang adalah masa yang terbaik untuk saya memberi sumbangan kepada parti.

Perniagaan saya kini berada dalam keadaan yang baik dan saya mahu menolong Umno ke arah yang lebih baik. Saya memang tak ada cita-cita tertentu dalam politik. Sebab itulah manifesto saya ialah mahu mencapai keahlian sejuta menjelang 2013, walaupun tempoh berkhidmat dalam Puteri jika saya menang ialah selama tiga tahun. Maknanya penyertaan saya sekadah mahu membuat perubahan dalam Puteri, lepas itu saya tiada lagi dalam Puteri. saya akan kembali dalam bidang perniagaan. Saya nak tolong Umno sahaja.

MSTAR Apakah cabaran yang Ida hadapi sepanjang tempoh berkempen?

IDA RAHAYU Cabarannya ialah untuk meyakinkan Puteri tentang apa yang akan saya tawarkan kepada mereka. Melalui maklum balas yang diterima, mereka persoalkan kemampuan saya untuk merealisasikan manifesto yang saya ada. Adakah saya mampu melakukan perubahan yang diinginkan. Inilah cabaran yang paling besar saya hadapi sepanjang tempoh kempen.

Calon lain kebanyakan mereka sudah berada di atas dan mempunyai platform masing-masing. Tapi saya perlu yakinkan kemampuan saya untuk menjadi pemimpin.

TEMU BUAL BERSAMA CALON LAIN

Ismalina ketengah misi, yakin Puteri bijak memilih

Rosnah: "Nilai saya dasarkan kredibiliti, bukan faktor negeri"

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan