Halang AGM Umno: Mazlan sambut baik amaran Pak Lah

Diterbitkan: Ahad, 8 Mac 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Ahli Umno Bahagian Subang, Datuk Mazlan Harun menyambut baik amaran yang diberikan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi bahawa keahliannya boleh digugurkan jika meneruskan hasrat memohon perintah mahkamah bagi menghalang Perhimpunan Agung Umno hujung bulan ini.

Mazlan berkata, beliau tidak mempunyai masalah dan bersedia menghadapi apa jua tindakan kerana baginya perkara yang paling penting ialah Umno mahu melakukan perubahan.

"Saya sambut baik amaran itu, malah saya amat bersetuju dengan Perdana Menteri yang mengarahkan supaya SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) menyegerakan siasatan sebelum menjelangnya perhimpunan Umno," katanya kepada mStar Online.

Jelasnya arahan terbaru Abdullah itu menunjukkan petanda positif dalam Umno yang kini sedang dihimpit pelbagai dakwaan berhubung salah guna kuasa dan politik wang.

"Baguslah arahan macam itu, nampaknya sudah ada usaha untuk berubah dalam Umno terutamanya bagi membendung amalan salah guna kuasa dan rasuah politik," katanya.

Selasa lalu Mazlan dan Ketua Umno Cawangan Bandar Muar, Datuk Kadar Ninam Shah menegaskan akan mengambil tindakan memohon injunksi mahkamah sekiranya pucuk pimpinan Umno tidak menyelesaikan kes salah laku dan politik wang sebelum pemilihan Umno.

Kedua-duanya kesal kerana tiada tindakan dibuat oleh SPRM dan Lembaga Disiplin Umno terhadap laporan mereka berkaitan isu politik wang dan penyalahgunaan kuasa.

Bagaimanapun katanya buat masa ini beliau belum memutuskan untuk mengambil tindakan mahkamah kerana ingin memberi ruang kepada pemimpin Umno untuk melakukan perubahan.

Jelas Mazlan, hakikat sebenarnya ialah tidak ada gunanya beliau mengambil tindakan mahkamah bagi menangguhkan perhimpunan Umno sekiranya parti itu masih enggan melakukan perubahan.

"Sebenarnya begini, tak ada gunanya juga saya ambil tindakan sekiranya Umno masih tidak mahu berubah.

"Tindakan saya itu hanya boleh tangguhkan perhimpunan Umno, tapi kalau lepas tu amalan rasuah dan salah guna kuasa kembali berlelusasa, tak ada gunanya dan sia-sia sahaja," katanta.

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Kolumnis

iklan

Iklan