Seorang lagi umum tanding Bebas di Bukit Selambau

Diterbitkan: Sabtu, 7 Mac 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SUNGAI PETANI: Seorang ahli perniagaan M. Venason hari ini mengumumkan hasrat untuk bertanding sebagai calon bebas pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau 7 April depan.

Venason, 34, dari Taman Batik, Sungai Petani, menjadi individu ketujuh menawarkan diri untuk bertanding sebagai calon bebas dalam pilihan raya kecil DUN itu.

"Saya hanya akan menawarkan khidmat kepada pengundi di kawasan Bukti Selambau dan tidak akan membuat janji-janji yang tidak mampu dilaksanakan oleh seorang calon bebas," katanya pada sidang media di sini.

Selain Venason, antara individu yang turut menyatakan hasrat untuk bertanding sebagai calon bebas di Bukit Selambau ialah ahli perniagaan R. Loganathan dan bekas Ketua Wanita Parti Progesif Rakyat (PPP) Kedah G. Saralah.

Pilihan raya kecil itu diadakan selepas Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Selambau, V. Arumugam daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) meletak jawatan pada 8 Februari lalu.

Arumugam, yang bertanding atas tiket Bebas sebelum menyertai PKR menewaskan calon Barisan Nasional (BN), S. Krishnan dengan majoriti 2,362 undi pada Pilihan Raya Umum Ke12 tahun lalu. BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan