PPSMI: Memorandum bantahan ke setiap negeri

Diterbitkan: Sabtu, 7 Mac 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Memorandum membantah pelaksanaan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Ingeris (PPSMI) berkemungkinan akan turut diserahkan kepada Sultan dan Yang Dipertua Negeri setiap negeri.

Pengerusi Jawatankuasa Induk Gabungan Mansuhkan PPSMI (GMP), Datuk Dr. Hassan Ahmad berkata, pihaknya menerima cadangan tersebut sebagai langkah meneruskan usaha membantah pelaksanaan PPSMI.

"GMP ada menerima cadangan supaya memorandum yang diserahkan hari ini kepada Yang di-Pertuan Agong turut diserahkan kepada Raja, Sultan dan Yang Dipertua Negeri masing-masing.

"Kita akan pertimbangkan cadangan ini kerana usaha GMP tidak hanya terhenti sehingga hari ini sahaja memandangkan ia hanya peringkat permulaan, ada lagi program-program lain akan menyusul selepas ini," katanya kepada mStar Online.

Kira-kira pukul 2.30 petang tadi beliau bersama Sasterawan Negara, Datuk A. Samad Said menyerahkan memorandum bagi menghapuskan PPSMI kepada Yang di-Pertuan Agong melalui Penolong Datuk Paduka Maharajalela Azuan Effendy Zairakithanini di Istana Negara.

Mengulas mengenai tindakan orang ramai yang merempuh halangan polis di Masjid Negara bagi menyertai perarakan menuju ke Istana Negara, beliau berkata, perkara tersebut berada di luar jangkaan.

"Sepatutnya polis lebih fleksibel dan beri peluang mereka ikut kami ke Istana Negara.

"Kita ke sana bukan nak buat sesuatu yang tak elok, mereka sekadar nak turut serta," katanya.

Pada mulanya persetujuan antara pihaknya dengan polis ialah hanya tujuh orang wakil GMP yang akan pergi ke Istana Negara menyerahkan memorandum tersebut.

Bagaimanapun polis memberikan permit untuk kumpulan itu berhimpun di Masjid Negara, namun tetap tidak membenarkan sebarang perarakan.

Tambah Hasaan, polis bertindak keterlaluan dengan menembak gas pemedih mata dan menyemburkan air kepada orang ramai yang mengikuti perarakan.

"Kalau polis tak mulakan dengan menembak sebegitu, saya tak fikir kekecohan akan berlaku kerana matlamat kita hanya nak serahkan memorandum mengenai isu bahasa," katanya.

Sementara itu, A. Samad menolak andaian yang dibuat bahawa kelompok pejuang bahasa sepertinya diperalat oleh sesetengah pihak.

"Memang ada andaian bahawa kelompok kami ini diperalat, kami sebenarnya cuba berhubung dengan Umno tapi tak begitu diendahkan.

"Jadi kalau ada parti-parti politik seperti PAS dan Parti Keadilan Rakyat (PKR)... apa salahnya demi perjuangkan bahasa Melayu?" katanya.

Tambah beliau, Barisan Nasional (BN) tidak begitu menghiraukan permintaan mereka selama ini.

"BN hanya tahu bahasa undi, bagi mereka kalau nak ubah sesuatu kena guna undi," katanya.

Beliau turut berharap agar pemimpin Umno termasuk Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang tetap mahu mempertahankan PPSMI supaya bertukar bercakap menggunakan bahasa Inggeris.

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan