Kes saman MB: Mahkamah Persekutuan tolak permohonan Nizar

Diterbitkan: Jumaat, 6 Mac 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BEKAS Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin ditemui wartawan selepas mahkamah memutuskan untuk merujuk isu perlembagaan Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak dalam kes samannya terhadap Datuk Dr. Zambry Abdul Kadir ke Mahkamah Persekutuan.
BEKAS Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin ditemui wartawan selepas mahkamah memutuskan untuk merujuk isu perlembagaan Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak dalam kes samannya terhadap Datuk Dr. Zambry Abdul Kadir ke Mahkamah Persekutuan.

[DIKEMAS KINI] KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi petang ini menolak permohonan peguam bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin untuk menangguhkan keputusan agar kes itu dirujuk ke Mahkamah Persekutuan.

Justeru, Hakim Mahkamah Tinggi Lau Bee Lan mengarahkan kedua-dua pihak mengemukakan soalan-soalan untuk dirujuk ke Mahkamah Persekutuan Selasa ini.

Mahkamah ditangguhkan sehingga 2.30 petang Selasa ini.

Pada prosiding Selasa depan juga mahkamah akan membuat keputusan sama ada soalan-soalan yang akan dikemukakan kepada Mahkamah Persekutuan boleh didengar di mahkamah terbuka ataupun tidak.

Ketua pasukan peguam Nizar, Sulaiman Abdullah memohon mahkamah agar menangguhkan keputusan pagi tadi untuk merujuk kes berkenaan ke Mahkamah Persekutuan.

Alasan yang diberikan ialah Menteri Besar, Datuk Dr. Zambry Abdul Kadir tidak diwakili dalam prosiding peringkat ini.

Bagaimanapun Peguam Kanan Persekutuan, Datuk Kamaludin Mohd Said yang mewakili Peguam Negara berkata Zambry tidak perlu diwakil pada peringkat ini kerana permohonan semakan ini merupakan permohonan ex-parte (satu pihak).

Beliau juga berkata pihaknya telah mengemukakakan empat soalan kepada mahkamah dalam prosiding hari.

"Pihak kami telah mengemukakan empat soalan sementara hari ini.

"Kita akan kemaskan lagi dan serahkan (soalan) Selasa depan," katanya ketika ditemui media.

Terdahulu pada sebelah pagi tadi, Mahkamah Tinggi memutuskan untuk merujuk isu perlembagaan Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak dalam kes saman Nizar terhadap Datuk Dr. Zambry Abdul Kadir ke Mahkamah Persekutuan.

Ia diputuskan Lau.

Bagaimanapun, kes tersebut akan diteruskan di Mahkamah Tinggi selepas Mahkamah Persekutuan membuat keputusan mengenai persoalan yang timbul dalam Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri berkenaan.

Lau berkata, berdasarkan Seksyen 84 Akta Mahkamah Kehakiman 1964 terpakai kepada Undan-undang Tubuh Negeri Perak.

"Berdasarkan peruntukan itu mahkamah mempunyai kuasa untuk merujuk isu mengenai prosedur tubuh kerajaan Negeri Perak ke Mahkamah Persekutuan berhubung perlembagaan negeri," katanya.

Mahkamah juga meminta, peguam kedua-dua belah pihak membantu beliau untuk memutuskan isu undang-undang yang berkaitan dengan peruntukan perundangan sebelum dirujuk ke Mahkamah Persekutuan.

Hakim memberi masa selama sejam untuk kedua-dua belah pihak menyediakan persoalan-persoalan yang timbul sebelum dirujuk ke Mahkamah Persekutuan.

Kes itu diambil alih Lau selepas Pesuruhjaya Kehakiman, Mohamad Ariff Md Yusof menarik diri daripada mendengar permohonan tersebut.

Sementara itu, Nizar ketika ditemui berkata beliau menyambut baik keputusan hakim untuk merujuk isu yang berkaitan Undang-undang Tubuh Negeri ke Mahkamah Persekutuan.

"Pihak saya akur dan terima keputusan hakim. Kita hormati dan akan cuba yang terbaik,"katanya.

BERITA TERDAHULU

Pada 25 Februari lalu, Mohamad Ariff menarik diri daripada mendengar permohonan itu demi kepentingan keadilan ekoran daripada latar belakangnya yang pernah terlibat dalam parti Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) sebelum dilantik menjadi hakim.

Mohammad Nizar, 52, daripada parti Pas dipilih menjadi Menteri Besar Perak selepas pakatan pembangkang berjaya menawan negeri itu semasa Pilihan Raya Umum ke-12 pada Mac tahun lalu.

Politik di Perak bagaimanapun dilanda krisis apabila Barisan Nasional (BN) mengambilalih kerajaan negeri setelah BN mendapat sokongan daripada 31 anggota Dewan Undangan Negeri (DUN) ekoran tindakan tiga ADUN keluar daripada Pakatan Rakyat.

Pada 13 Februari lalu, Mohammad Nizar telah memfailkan permohonan semakan kehakiman bagi mendapatkan perintah perisytiharan bahawa beliau masih Menteri Besar Perak yang sah dan Zambry yang dinamakan sebagai responden tidak berhak memegang jawatan tersebut.

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan