Kes liwat: Anwar kemuka rayuan hari ini

Diterbitkan: Jumaat, 6 Mac 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim memfailkan rayuan berhubung keputusan mahkamah semalam yang memindahkan kes liwatnya ke Mahkamah Tinggi.

Salah seorang peguamnya, Sankara Nair berkata, pihaknya memfailkan rayuan di pejabat Pendaftar Mahkamah Rayuan kira-kira pukul 10.40 pagi tadi.

"Kami memfailkan rayuan Anwar di mahkamah rayuan berhubung keputusan Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah semalam di pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan," kata beliau ketika dihubungi.

Berdasarkan keputusan semalam perbicaraan kes liwat melibatkan Anwar akan dijalankan di Mahkamah Tinggi dan bukannya di Mahkamah Sesyen.

Mohamad Zabidin Mohd Diah membuat keputusan itu ekoran permohonan pihak pendakwaan supaya dikaji semula keputusan Mahkamah Sesyen mengekalkan perbicaraan kes itu di Mahkamah Sesyen.

Katanya Hakim Mahkamah Sesyen S.M Komathy Suppiah telah terkhilaf dalam memutuskan sebagai tidak sah sijil pemindahan kes itu yang ditandatangani oleh Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail, dokumen yang dipertikaikan oleh Anwar.

Hakim Mohamad Zabidin berkata kes itu akan disebut semula di Mahkamah Sesyen pada 10 Mac bagi mendapatkan tarikh perbicaraan di Mahkamah Tinggi.

Minggu depan, Sankara memberitahu mStar Online, kes tersebut akan didengar oleh hakim Mahkamah Sesyen 2, bukannya Komathy.

Anwar, 62, menghadapi tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohamad Saiful Bukhari Azlan, 23, di Unit 1151, Desa Damansara Condominium, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara di sini antara 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun lalu.

Jika didapati bersalah, ketua pembangkang itu boleh dipenjara sehingga 20 tahun. Anwar kini dibebaskan dengan jaminan bon peribadi.

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan