Guan Eng: Dana mini bajet RM10 billion tidak cukup

Diterbitkan: Jumaat, 6 Mac 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PULAU PINANG: Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng hari ini meminta Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak supaya mengambil tindakan yang lebih berani dalam mengurus ekonomi agar negara tidak mengalami kemelesetan.

Beliau berkata, jika ekonomi tidak diuruskan dengan baik, negara akan menghadapi kemelesetan tahun ini dan jika itu berlaku Pulau Pinang pasti merasa kesan yang teruk kerana ekonominya banyak bergantung kepada pasaran eksport.

Ketika bercakap kepada pemberita di pejabatnya di sini, beliau berkata, program rangsangan kedua ekonomi bernilai RM10 billion yang dicadangkan Kementerian Kewangan di Parlimen semalam terlalu kecil nilainya dan ia tidak mencukupi untuk menyelamatkan ekonomi negara.

"Bajet mini itu memang betul-betul mini dan tidak cukup untuk merangsang pertumbuhan ekonomi negara kerana RM10 billion itu hanya boleh menyumbang satu peratus kepada Keluaran Negara Kasar (KNK) dan untuk mencapai sasaran 3.5 peratus, RM30 billion diperlukan.

"Saya berharap kerajaan pusat boleh memperuntukkan jumlah wang yang lebih besar untuk meransang pertumbuhan ekonomi negara," katanya mengulas mengenai peruntukan bajet mini. Akhbar hari ini melaporkan bahawa Timbalan Menteri Kewangan Datuk Kong Cho Ha membentangkan cadangan pakej ransangan kedua itu untuk bacaan kali pertama semalam dan butiran lanjut mengenai pakej itu akan digariskan Najib, yang juga Menteri Kewangan, di Parlimen, Selasa ini.

Antara lain, bajet mini itu mengandungi langkah fiskal dan kewangan untuk merangsang ekonomi dan pada November lalu, kerajaan telah mengumumkan pakej rangsangan pertama bernilai RM7 billion.

Lim berkata, Pulau Pinang, yang selama ini bergantung kepada sektor perkilangan, akan menumpukan perhatian kepada bidang pelancongan sebagai penjana baru pendapatan negeri.

Walaupun masih ada pelaburan dalam bidang perkilangan yang akan masuk ke negeri ini dalam masa terdekat, katanya, usaha perlu ditumpukan untuk memajukan sektor pelancongan negeri.

Beliau juga meminta kerajaan pusat supaya menimbangkan pembinaan Terminal Tambang Murah (LCCT) di Pulau Pinang untuk menarik lebih ramai pelancong dan berharap jalinan rangkaian perhubungan udara dapat diperluaskan demi manfaat rakyat negeri ini. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan