Peguam Saiful sambut baik pindah kes liwat Anwar

Diterbitkan: Khamis, 5 Mac 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Peguam Mohd Saiful Bukhari Azlan, Zamri Idrus hari ini menyambut baik pemindahan kes liwat Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Mahkamah Tinggi.

"Ini satu perkembangan yang baik dan akan mempercepatkan tarikh perbicaraan penuh kelak.Saiful pasti gembira dengan perkembangan ini,"katanya kepada mStar Online hari ini.

Menurut Zamri, anak guamnya juga sudah bersedia memberi keterangan pada hari perbicaraan penuh nanti.

Mahkamah Tinggi pagi tadi memutuskan kes liwat Anwar dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.

Ia diputuskan oleh Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah sebentar tadi.

Hakim turut menetapkan 10 Mac ini untuk sebutan semula kes di Mahkamah Sesyen untuk menetapkan tarikh perbicaraan kes di Mahkamah Tinggi.

Anwar dituduh meliwat Saiful di Unit 11-5-1, Desa Damansara Condominium, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara antara 3.01 petang dan 4.30petang pada 26 Jun.

Selasa lalu, Saiful muncul di Balai Polis Damansara bagi membuat laporan polis berhubung enam artikel berunsur fitnah dan berniat jahat yang disiarkan sebuah blog mendakwa dia kononnya sakit tenat akibat sumpah laknat yang dibuatnya tahun lalu berkata dia bersedia menerima apa jua keputusan yang ditetapkan oleh Mahkamah Tinggi.

"Saya reda dengan apa jua keputusan kerana saya yakin bahawa Allah s.w.t. itu Maha Mengetahui, dan setiap yang berlaku ada pasti hikmah disebaliknya. Saya hanya mampu bersabar, berdoa dan berserah sepenuhnya kepada-Nya.

"Sebagai mangsa, saya hanya mohon untuk diberikan keadilan dan peluang menunaikan tanggungjawab saya iaitu memberi keterangan ketika perbicaraan penuh kelak," katanya.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan