Mini Bajet RM10 bilion dibentang minggu depan

Diterbitkan: Khamis, 5 Mac 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Timbalan Menteri Kewangan Datuk Kong Cho Ha berkata sebahagian daripada pakej rangsangan ekonomi kedua atau bajet mini yang akan diumumkan 10 Mac ini, melibatkan anggaran perbelanjaan sebanyak RM10 bilion.

Beliau berkata jangkaan RM10 bilion itu membabitkan RM5 bilion bagi perbelanjaan pembangunan dan selebihnya bagi perbelanjaan mengurus.

Kong berkata demikian kepada pemberita selepas bacaan pertama Rang Undangundang Perbekalan Tambahan 2009 di Dewan Rakyat hari ini.

"Pada masa ini saya rasa lima tambah lima. Ini yang dibentangkan hari ini. Semua boleh tahu 10 Mac ini," katanya semasa ditemui pemberita di lobi Parlimen.

Bacaan kali kedua Rang Undangundang ini akan dibentangkan pada pukul 4 petang Selasa, 10 Mac ini.

Semasa persidangan Dewan Rakyat, Dr Tan Seng Giaw (DAPKepong) bangun bertanyakan adakah RM5 billion itu bajet mini yang akan dibentangkan Selasa ini.

Timbalan Speaker Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata bacaan itu adalah disebut sebagai perbekalan tambahan kerana tidak ada istilah bajet mini di dalam Dewan Rakyat.

Sementara itu semasa penggulungan perbahasan bagi Kementerian Belia dan Sukan oleh Timbalan Menterinya Wee Jeck Seng, Timbalan Speaker Datuk Ronald Kiandee berkata dokumen yang diedarkan kepada anggota dewan adalah untuk kegunaan perbahasan.

"Saya ingin maklumkan bahawa dokumen diedarkan pada pagi ini, kertas perintah 4 dan 5 adalah untuk kegunaan Yang Berhormat semasa perbahasan Rang Undang-undang 2009 (2009) pada kali kedua oleh Menteri Kewangan.

"Sebagai menghormati Dewan Rakyat dan peraturan dewan, maka maklumat tersebut tidaklah wajar diedar pada pihak lain sehingga ia dibentangkan pada Selasa depan," katanya. BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan